Entry Study Week : Jangan Jauhkan Diri Daripada Allah


--Fikiran berserabut--masalah + masalah + masalah -- hidup manusia tidak akan dapat lari dari masalah--
sehebat mana pun jawatan yang dipegang--seagung mana pun status dan panggilan yang dia ada--selagi dia bergelar manusia yang waras dan berakal, selagi itu masalah akan menghantui manusia..lebih-lebih lagi hidup dan memegang status sebagai seorang pelajar/mahasiswa, tekanan memuncak--masalah menggunung--itu lumrah hidup seorang pelajar..

Hidup sebagai seorang pelajar apatah lagi bergelar mahasiswa di Universiti, tidak akan dapat lari daripada program/aktiviti sama ada berbentuk kemasyarakatan atau sebagainya apatah lagi program Mega yang melibatkan sepenuhnya tenaga mahasiswa. Lumrah hidup di Universiti juga tidak akan dapat lari dari tugasan/esaimen yang pensyarah berikan. Stress + tertekan + jiwa kacau + boring + itu perkara biasa yang aku rasa semua orang yang sedang belajar hadapi termasuk aku hadapi. Lumrah kan.

Hidup dalam kelompok atau golongan yang bijak pandai memerlukan kita lebih pandai dari pandai.
Pandai pilih kawan
Pandai jaga hati orang
Pandai jaga itu ini
Pandai uruskan emosi
Pandai selesaikan masalah

Mudah dan ringkasnya, kena pandai dalam pelbagai sudut. Bukan hanya pandai dalam bidang atau subjek yang kita ambil. Hidup di Universiti memerlukan kita pandai dalam semua hal ! kalo hanya pandai dalam subjek tertentu tapi tidak pandai menguruskan diri, tidak pandai menguruskan masa, tidak pandai menguruskan emosi, tidak pandai menguruskan masalah, awak gagal !

Because, here you learn how to manage your time, how to manage your emotion, how to manage yourself, how to manage your problems, because you are here want to learn not just learn about any subject you take but everything.

------------------------------------------------------------------

Seorang junior menghantar SMS kepada aku :

"Andai kau sedih, mengadaplah kepada Allah lalu bermunajat kepadaNya. Andai kau gembira, mengadaplah kepada Allah lalu bersyukur kepadaNya. Andai kau susah, mengadaplah kepada Allah lalu berdoalah kepadaNya. Andai kau senang, mengadaplah kepada Allah lalu bertasbihlah kepadaNya. Ape pun keadaanmu, jangan sekali-kali kau menjauhkan diri daripada Allah s.w.t"

ringkas dan padat. Cukup untuk buat hati berasa bergetar.
# jangan jauhkan diri dari Allah walau ape keadaan sekalipun.

-----------------------------------------------------------------

Hidup sebagai seorang pelajar memang banyak masalah bukan ? yeah !
banyak mana pun masalah, jangan menjauhkan diri daripada Allah s.w.t.
banyak mana pun esaimen, jangan sampai tidak solat.
banyak mana pun rasa down, jangan sampai memudaratkan diri.

# dalam apa keadaan sekalipun, jangan jauhkan diri dari Allah s.w.t.


Buat Jiwa Yang Kecewa: 'Carilah Yang Hilang'



Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.
“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”
kredit : diarihati.com