Takdir yang tertulis



Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.  Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan.  Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.  Hati mana tidak berbunga harapan.
Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan.  Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian.  Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.
Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan.  Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.  Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.
Takdirku Telah Tertulis. Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah.  Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.
Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah.  kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah.  Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya.  Bersyukurlah.  Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita.  Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.
Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.  Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.  Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.  Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan.  Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita.  Begitu jua lah sebaliknya.
“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”
Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa.  Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya.  Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda.  Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.  Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
InshaAllah…yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan. 
#aku hanya penghibur

No rain No rainbow


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya senang sahaja…

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
p/s : belajar dari alam 

Just a new beginning and Smileee ^_^

"
Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaan kamu.
"

keep smile dear ^_^ 


Kehidupan : What I Feel Inside


Pernah korang rasa terkilan dengan sikap manusia disekeliling korang ? 

Ya, mungkin dengan kawan-kawan, dengan sape-sape jelah yang wujud disekeliling korang. Lebih-lebih lagi kalo yang dah ada yang 'special' tu. Faham-faham sajalah kan.

Semua orang akan pernah rasa perkara ini. Sebab inilah kehidupan. Nak tak nak kita kena terima. Kita hidup dalam dunia realiti, bukan fantasi. Entah berapa ramai orang yang sangka dan hidup solah-olah mereka hidup dan berada dalam dunia fantasi semata. Tolong sedar. 

Kadang-kadang kita akan rasa semua ini berat nak pikul. Percayalah, nak tak nak kita kena pikul jugak. Kadang-kadang keadaan seolah-olah memaksa kita untuk itu. Dan kita tetap kena terima.

Pernah kena marah, pernah kena buli, pernah kena hina, pernah kena caci maki, pernah rasa tak dihargai, pernah rasa tak diperlukan, pernah rasa jatuh, pernah rasa kecewa, pernah disakiti, pernah pernah pernah dan pernah. Macam-macam pernah. Banyak sangat pernahnya, tak larat nak tulis.

Tapi ya, Aku pernah rasa semua tu. Perit.

Dan macam yang aku sebut sebelum ini, kita hidup dalam dunia realiti maka kita kena terima. Inilah kehidupan.


Apa yang perlu kita buat  : 

Berhenti mengharap apa yang kita sendiri tidak pasti.

Berhenti melangkah jika kita sendiri tak tahu arah mana nak tuju.

Berhenti tunding jari, salahkan orang lain. Mereka juga tak sempurna.

Berhenti sakiti hati orang lain. Mereka juga ada perasaan ! 

Tak perlu sibuk jaga hati orang lain, kalo hati sendiri pun tak mampu nak jaga ! 

Mereka yang suka buli, caci, hina, rendahkan orang lain, sombong, angkuh, ego , golongan ini tak perlu hidup disekeliling anda. Tinggalkan saja. Ramai lagi yang elok budinya. Hidup biar pandai memilih, setuju  ?

Tentukan sendiri.



Sukarnya Jadi Muslimah ?

Susahnya jadi Muslimah ? 


Lihat saja peraturannya.

  • Aurat wanita lebih banyak yang perlu dijaga berbanding lelaki.
  • Wanita perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.
  • Wanita menerima harta warisan hanya setengah bahagian dari bahagian lelaki.
  • Wanita wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya.
  • Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan terletak di tangan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.  

Tapi pernahkah kita melihat semua ini dengan penuh hikmah dan positif. Tahukah kamu ..

Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan ditempat yang terbaik. Sudah pantai berlian permata ini tidak akan dibiarkan berselerak di tepi jalanan bukan ? Jika barang ini yang sepatutnya tinggi nilainya, dibiarkan berdebu, kotor, pecah kerana tidak dijaga dengan rapi, mane NILAInya ? mana MARUAHnya ?  

Itulah bandingannya dengan seorang wanita ..
Tahukah kamu..

  • Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah ? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.
  • Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah ? Harta tersebut menjadi milik wanita dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya sebaliknya lelaki apabila dia menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.
  • Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah ? Bahawa saat wanita mengandung hingga melahirkan anak maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah ? Jika dia meninggal kerana melahirkan anak maka dia syahid dan syurga menantinya.
  • Tahukah ? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Maksudnya bagi seorang wanita akan ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  • Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah maka dia turut akan menerima pahala setara seperti pahala orang yang pergi berjihad fi sabilillah tanpa perlu unttuk mengangkat senjata.
  • Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu-pintu syurga yang disukainya dengan cukup empat syaratnya iaitu : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
  • Tahukah kamu ? betapa Islam amat menjaga kemuliaan seorang wanita, semasa kecilnya dia dijaga rapi oleh seorang ayah, bila dia sudah berkahwin, suaminya pula mengambil tugas ayahnya untuk menjaganya. Bahkan dosa wanita itu juga ditanggung oleh suaminya.

Wahai sahabatku, tidakkah beberapa perkara diatas menjadikanmu bersyukur telah dilahirkan sebagai seorang muslimah. Jika wanita mempunyai puluhan alasan untuk menuduh agama sebagai pengekang kebebasan wanita, maka Islam punya ratusan bahkan ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam adalah Islam adalah Rahmatan lil 'alamin. Tak ada satu makhluk pun yang dizalimi dengan adanya syariat-Nya kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.



Hati Lelaki Umpama Peti Besi

  
   Hati lelaki umpama peti besi, tempat menyimpan segala masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya. Diam adalah cara dia meraba jalan keluar. Masalah yang datang menerjah adalah makanan harian yang harus ditelan. Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis walaupun perasaan bingung mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik mencekik. Tapi mungkin akan menitis perlahan saat dia bertaubat atas jutaan dosa yang dilakukan.

   Cerita ? Bila-bila saja. Kerana dia hanya akan berkongsi cerita bila memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang yang diajak berkongsi. Tidak sembarang orang yang dapat mendengar luahan hati dia. Tidak semua orang pula dapat mendengar masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus terbuka lorong hati sehingga lari kemana-mana masalah peribadi.

  Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak berkuasa menahan persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekpresikan diri dalam sikap dan tingkah laku adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan perasaan. Apakah itu suka, benci atau bahkan sedih. Ingin rasanya seperti lelaki yang selalu pakai logik. Namun perempuan tetap berbeza. Dia lebih suka bicaria pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata.

   Maka air mata bagi wanita adalah sebuah cara untuk mengungkapkan perasaan. Bahagia, haru, benci, jelas terpancar pada linangan air mata dan esakan tangisnya. Maka bila itu terjadi, mereka hanya mahu didengar dan diperhatikan. Mahu dibantu serta mahu sokongan dan sandaran yang boleh menguatkan, langkah kaki kehidupan yang masih terus berjalan sampai bila.


Sumber : Ustaz Burhan Sodiq (penulis buku best seller "ya Allah aku jatuh cinta ")



Hilangkan Stress dengan Doa ini


Salam, sekadar perkongsian.

Setiap manusia ada masalah. Tidak ada manusia yang tidak ada masalah. Dengan sebab adanya masalah inilah punca ramai di antara kita yang tertekan.

Maka dengan sebab itu, Islam anjurkan kita untuk berdoa bila ditimpa musibah, bala, masalah ujian dan seumpamanya.

Islam tidak anjurkan kita supaya bunuh diri bila ditimpa masalah, Islam tidak anjurkan kita untuk berputus asa bila berdepan masalah, tapi Islam mengajar kita supaya berdepan dengan masalah, dan tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian.

Jika jalan penyelesaian itu tidak ada, jalan terbaik ialah DOA.




Jangan lupa amalkan ayat ni. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, ameen.