Sukarnya Jadi Muslimah ?

Susahnya jadi Muslimah ? 


Lihat saja peraturannya.

  • Aurat wanita lebih banyak yang perlu dijaga berbanding lelaki.
  • Wanita perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.
  • Wanita menerima harta warisan hanya setengah bahagian dari bahagian lelaki.
  • Wanita wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya.
  • Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan terletak di tangan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.  

Tapi pernahkah kita melihat semua ini dengan penuh hikmah dan positif. Tahukah kamu ..

Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan ditempat yang terbaik. Sudah pantai berlian permata ini tidak akan dibiarkan berselerak di tepi jalanan bukan ? Jika barang ini yang sepatutnya tinggi nilainya, dibiarkan berdebu, kotor, pecah kerana tidak dijaga dengan rapi, mane NILAInya ? mana MARUAHnya ?  

Itulah bandingannya dengan seorang wanita ..
Tahukah kamu..

  • Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah ? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.
  • Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah ? Harta tersebut menjadi milik wanita dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya sebaliknya lelaki apabila dia menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.
  • Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah ? Bahawa saat wanita mengandung hingga melahirkan anak maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah ? Jika dia meninggal kerana melahirkan anak maka dia syahid dan syurga menantinya.
  • Tahukah ? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Maksudnya bagi seorang wanita akan ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  • Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah maka dia turut akan menerima pahala setara seperti pahala orang yang pergi berjihad fi sabilillah tanpa perlu unttuk mengangkat senjata.
  • Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu-pintu syurga yang disukainya dengan cukup empat syaratnya iaitu : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
  • Tahukah kamu ? betapa Islam amat menjaga kemuliaan seorang wanita, semasa kecilnya dia dijaga rapi oleh seorang ayah, bila dia sudah berkahwin, suaminya pula mengambil tugas ayahnya untuk menjaganya. Bahkan dosa wanita itu juga ditanggung oleh suaminya.

Wahai sahabatku, tidakkah beberapa perkara diatas menjadikanmu bersyukur telah dilahirkan sebagai seorang muslimah. Jika wanita mempunyai puluhan alasan untuk menuduh agama sebagai pengekang kebebasan wanita, maka Islam punya ratusan bahkan ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam adalah Islam adalah Rahmatan lil 'alamin. Tak ada satu makhluk pun yang dizalimi dengan adanya syariat-Nya kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.