Hati Lelaki Umpama Peti Besi

  
   Hati lelaki umpama peti besi, tempat menyimpan segala masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya. Diam adalah cara dia meraba jalan keluar. Masalah yang datang menerjah adalah makanan harian yang harus ditelan. Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis walaupun perasaan bingung mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik mencekik. Tapi mungkin akan menitis perlahan saat dia bertaubat atas jutaan dosa yang dilakukan.

   Cerita ? Bila-bila saja. Kerana dia hanya akan berkongsi cerita bila memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang yang diajak berkongsi. Tidak sembarang orang yang dapat mendengar luahan hati dia. Tidak semua orang pula dapat mendengar masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus terbuka lorong hati sehingga lari kemana-mana masalah peribadi.

  Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak berkuasa menahan persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekpresikan diri dalam sikap dan tingkah laku adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan perasaan. Apakah itu suka, benci atau bahkan sedih. Ingin rasanya seperti lelaki yang selalu pakai logik. Namun perempuan tetap berbeza. Dia lebih suka bicaria pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata.

   Maka air mata bagi wanita adalah sebuah cara untuk mengungkapkan perasaan. Bahagia, haru, benci, jelas terpancar pada linangan air mata dan esakan tangisnya. Maka bila itu terjadi, mereka hanya mahu didengar dan diperhatikan. Mahu dibantu serta mahu sokongan dan sandaran yang boleh menguatkan, langkah kaki kehidupan yang masih terus berjalan sampai bila.


Sumber : Ustaz Burhan Sodiq (penulis buku best seller "ya Allah aku jatuh cinta ")



Hilangkan Stress dengan Doa ini


Salam, sekadar perkongsian.

Setiap manusia ada masalah. Tidak ada manusia yang tidak ada masalah. Dengan sebab adanya masalah inilah punca ramai di antara kita yang tertekan.

Maka dengan sebab itu, Islam anjurkan kita untuk berdoa bila ditimpa musibah, bala, masalah ujian dan seumpamanya.

Islam tidak anjurkan kita supaya bunuh diri bila ditimpa masalah, Islam tidak anjurkan kita untuk berputus asa bila berdepan masalah, tapi Islam mengajar kita supaya berdepan dengan masalah, dan tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian.

Jika jalan penyelesaian itu tidak ada, jalan terbaik ialah DOA.




Jangan lupa amalkan ayat ni. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, ameen.