Bukan Aku Minta Yang Sempurna




Ya Allah…



Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…

kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya


keadaanku,

Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah 


singgah di jurang nerakaMu,

dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia


ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya  

Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir

dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya


Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya


Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya


Seseorang yang kan kukagumi kerana kesantunan sikapnya


Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya


Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…


Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba


Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih


Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis


Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat


Seseorang yang kan ku dengar segala keluh – kesahnya


Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya


Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu ku janji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…




Ya Allah…




wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,


jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau


 tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,

Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,

Andai Engkau berkehendak lain,

Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah

 kehidupan akhirat,

Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau 


Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan 


jadikanlah hatiku meredhainya…






Kahwin Bukan Benda Senang

Jam menunjukkan dah pukul 3.30 pagi..
esok kelas start 10 pagi..esok confirm ngantuk dlm kelas nih..aiyaaa..

so aku bukak blog..sebab mata tak nak tido lagi
dek kerana lame tak updates..
aku edit2 la sikit blog ni..
hasilnya nampak la mcm skrg ni..
harap2 korang suka laa yer..
____________________________

banyak benda aku nak kongsi dengan korang sume ni..
antaranya isu 'filem melayu' yang tengah hot srkg ni..

aku nak ulas cikit laa..tapi bukan kali ni..
next time laa..sbb aku nk kena kaji dulu..baru boleh komen kan..
____________________________


kali ni aku nak ulas pasal kahwin...hehe
oleh kerana aku masih bujang, so memang kena lah kan..
kalo dalam kuliah ' fiqh ibadat & munakahat ' mmg tak penah ponteng laa..

yelah sebelum kahwin, kena la tau bab2 munakahat ni kan..haha

kalo dalam facebook..

korang tengok jela status facebook member2 korang..
sume gatal2 nak kahwin..
status pasal kahwin, pasti ada laa..
status jodoh, cinta, paling banyak di share di facebook..
haha tak caye pegi la usha status member korang atau pun korang sendiri..=D


__________________________________________________


Kahwin Bukan Benda Senang!


Kahwin..senang di ungkap..
tapi satu perkara yang tak leh buat main2..
kahwin bukan benda senang..
cakap mmg la senang..


 "sudi awak jadi isteri saya"

lepas kahwin..tang mane tanggungjawab sbg suami..?
nafkah isteri & anak2 kt mane.. ?
nafkah batin tak pernah nak miss pun..

nafkah yang zahir tang mane ?
ingat isteri kilang buat anak k ape ?
dah dapat anak didiklah anak tu ilmu agama..

bukan main lepas tangan jer..
yang perempuan, ajar dia pakai tudung..
bukan ajar dia dedah rambut..
ajar dia pakai baju longgar..
bukan kecik2 dah ajar dia pakai baju ketat..

 "saya sudi jadi isteri awak"

lepas kahwin..tang mane tanggungjawab sbg isteri..?
keluar rumah tanpa izin suami..?

banyak benda kena jaga bila dah kahwin..
maklum la dah jadi isteri orang..


so jangan ingat kahwin ni benda senang!
yang anggap senang tu la yang jadi banyak kes perceraian skrg nih..

yela mind set dah tak betul..
 "kalo bercerai, boleh kahwin lagi"

kalo tengok statistik kes perceraian orang Islam skrg ni..

sangat2 mengejutkan laa..memalukanjer..
sebelum kahwin " i love u so muchhhhhhhhhh ".
"my love never dies"
"sayang, honey, baby, darling"
byk lagi laa ungkapan biasa org laki sblm kahwin..
slps kahwin " i hate u so muchhhhhhhh "
haha byk lagi laa, korang pikir sendiri..=D
same jela dgn org ppuan pun..=P


kesimpulannya..
persiapkan diri dengan ilmu rumah tangga..
ilmu kehidupan..ilmu agama..
belajar jadi orang yang matang..
kahwin bukan semata-mata layan nafsu..
tapi lebih dari tu..
kahwin bukan utk sehari..
tapi sepanjang hayat..
ingat..kahwin bukan benda senang!




aku kongsikan ' saat lafaz sakinah ' utk korang..
aku suka lagu 'far east' ni..
hayati betul2..





Ustazah Pilihan : Wajar vs Tidak Wajar ?


Assalamualaikum kpd semua sahabat yang sudi singgah di sini, mga sihat dan ceria selalu. Hampir sebulan jgk aku x update blog nih, sian pulak, lame tersadai. Maaf la, disebabkan kekangan masa, keserabutan jadual sem ni, ditambah lagi timbunan assignment, juga masalah2 peribadi yang lain, mmg agak sukar utk aku mencari masa yg sesuai utk update blog nie, lebih2 lagi bila diamanahkan utk memegang jawatan kelab dan persatuan di Ukm ni, makin serabut jadinya. Tpi xpelah, terima seadanya.

Panas!

Sekarang ramai yang bercakap pasal hudud, pasal bajet 2012, dan bermacam pasal lagi yang sedang panas diperkatakan oleh masyarakat kita, namun aku lebih berminat untuk menarik perhatian korang semua berkenaan isu ' ustazah pilihan '.

Mustahil!

Oleh kerana perkembangan teknologi sekarang ni makin maju, maka mustahil lah kalo ada antara kita yang xtau perkembangan siri terbaru 'ustazah pilihan' nih, kalo nak tau, dkt facebook ade jer page 'ustazah pilihan' taip jer kt fb korang tu, untungla yang ada astro, dpt gak tengok ustazah-ustazah yang cantik2 dalam tu yer,org laki mesti suka tengok punyer!

Redah!

Baru-baru ini, muslimah-muslimah di Malaysia digembar-gemburkan dengan program realiti TV yang baru, “Ustazah Pilihan”. Kata mereka (penerbit), untuk mencari ikon muslimah sejati. Dengan ramalan sehangat sambutan Imam Muda, aku yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini,tapi ada jer yang setuju, excited lagi nak join.


KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober depan.
Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.
“Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.
“Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.
Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.





Ustazah pilihan tu APA ?

'Ustazah Pilihan' merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru di Astro Oasis. Tujuan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memaparkan para muslimah yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati. Pendek kata, mana-mana 'ustazah' yang memenangi program realiti TV ini bakal dilihat seperti ‘bidadari dunia’, sempurna untuk hati seorang lelaki.

Komentar


Memang,kejayaan Imam muda dapat menarik minat anak anak muda dalam bidang dakwah,tak kira lah dari aspek peserta mahupun penonton sendiri,secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat menarik ‘orang muda’ dalam bidang dakwah.Alhamdulillah

Tapi ini tak bermakna ia  relevan untuk buat program ‘ustazah pilihan’..Aku tidak nampak  langsung program ni sesuai untuk kite semua.
Bagi aku, program memang tidak sesuai. Bukan kerana identiti syiar Islam tidak suka dipertonton, tapi menyalahi konsep seorang muslimah yang penuh dengan sifat Al-Haya (Pemalu).


Mungkin la,tak nak kasi diskriminasi,ye la,imam muda ade,kenape program ustazah takde plak ? tak kan pompuan tak leh berdakwah ?

Pemikiran moden akan cakap macam tu,tapi tidak dari aspek islam sendiri!
Bukan aku cakap islam tidak membenarkan perempuan untuk berdakwah, tidak, tapi tengok keadaan masyarakat serta kesesuaian.
Sebenarnye bende macam ni tak perlu ilmu agama yang tinggi lah..Fikir logik,kalau ustazah-ustazah tersebut masuk tv, konon untuk berdakwah, dan ditonton pula oleh jutaan lelaki,macam mana tu ?
Tak kan la kalau tak masuk rancangan tu tak boleh berdakwah ? tipu la..Banyak lagi cara lain.
Korang pun tau dah mungkin pernah dengar ' wanita cantik dan beriman itu tidak dipandang dan memandang', ada pulak yang backup " xpe, nanti peserta tu pakai la purdah ", skrg sila tunjuk mane satu peserta yang terpilih ( 11 org ) pakai purdah ? setahu aku mmg xde la yang pakai purdah!


Bak kata Dr Yusuf Qardawi, niat yang baik TIDAK akan menghalalkan yang haram! Fahamilah!
Adakah wanita itu untuk di pertontonkan? Itu ke yang Rasulullah ajar?
Sesungguhnya wanita itu BUKAN untuk di pertontonkan! Sedangkan Nabi bersabda, solat di rumah itu lebih baik bagi kamu(wanita) berbanding di masjid. FAHAMILAH!

Pandangan Ustaz Azhar Idrus
klik untuk besarkan image


lagi >

Mereka cakap,rancangan ini hanya akan ditonton oleh muslimah sahaja..astro,jangan jadi bodoh,boleh ? macam mane kau nak prevent sang jantan dari tengok rancangan tu ??
dan 
Mane mufti/ulama ??diam??senyum x perlu kata apa?? atau dah bertukar jadi ular dalam semak ?


Daripada Ali bin Abi Talib berkata:telah bersabda Rasulallah SAW; Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal drpd al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.
Masjid² mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat² makhluk yg ada di bawah kolong(naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepda mereka fitnah itu akan kembali”                 -H.R al Baihaqi


Bagi aku,senang..siapa yang masuk rancangan itu,sudah pasti die keliru mengenai  ”apa itu wanita solehah ”
Ibarat kau belajar kelas agama,ilmu agama penuh di dada,tapi kau berkelakuan lebih dari seorang jahil!
Sungguh,bile sang jahil berbuat dosa,die akan di pandang hina,
Namun lagi hina bila seorang pencinta ilmu berbuat dosa sedangkan die mengetahui kebenaran..
Hujjah Aku!
1.Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : "Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada syahwat berupa wanita....".



Dalam konteks ini, muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya. Perhiasan yang cantik, jika ditontoni pasti mengundang bahaya. Bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…), bahkan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi 'title' muslimah itu sendiri.

Silap hari bulan, suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal kerana ketokohan, tetapi terkenal dengan kata-kata begini : “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”


2. Muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.


Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami??

3. Rancangan ini tidak mahu tidak ia sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati. Muslimah bukan lah perempuan murahan. Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama.

Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia? Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya. Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan. Tetapi, apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…


akhir kata, mohon maaf kalo terkasar bahasa, hingga ada yg terasa, walaupun mmg niat aku nk bt korang terasa, sbb sifat manusia nih bila terasa baru nak berubah/sedar..

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"
-Imam Hassan Al-Basri


Kelebihan Wanita Yang Jarang Diketahui

wAssalamualaikum. Bismillahirohmanirohim. Alhamdulillah. Kupanjatkan rasa syukur kepada Illahi kerana hingga ke saat ni masih diberi ruang dan peluang untuk terus berjuang dalam medium dakwah melalui penulisan blog ini. Pertamanya aku ingin memohon beribu kemaafan dan salam aidilfitri buat sahabat yang sudi menjengah/menjeling/menziarah di sini , walaupun aidilfirti sudah lama berlalu, namun ucapan maaf dan saling memaafkan itu tidak perlu menunggu tibanya aidifitri kan?. Pada awal pagi ni, aku meluangkan sedikit masa untuk meng update blog yang kian lama tersadai ni, rase rindu pulak hehe.


Jarang atau biasa didengari?

Mungkin ada sahabat2 daripada kaum hawa, yang jarang2 dengar perkara ni, tak kisah la dari mane kan, dan mungkin ramai juga yang dah tahu , almaklumlah mungkin ada yang dari golongan berpendidikan agama, bidang agama, tak kisahlah, yang dah tau sebar2kan, yang belum tau baca smpai habis hehe =P


Kelebihan wanita

Aku tuliskan sesuatu khas untuk para wanita, untuk dihayati, untuk direnungkan bersama, semoga kita beroleh manfaat insyallah.


  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “sifat seorang Ibu lebih penyayang daripada seorang ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

  •  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya di dunia ini dengan istiqamah.

  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

  •  Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki jahat.

  • Wanita yang mengauli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.

  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.


  •  Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  •  Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Syurga.


  • Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.

  • Wanita yang taat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya.


  • Perempuan yang menjaga Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.

  • Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

  • Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Solat.

  • Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.

  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).

  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.

  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70 000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


  • Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

  • 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

  • Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.


  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam Syurga.






Allahurabbi, banyaknya kelebihan wanita, bersyukurlah dengan apa yang telah sedia ada, jangan pertikaikan kenapa Allah jadikan kamu seorang wanita..selamat menambah ilmu =)