Kehidupan : What I Feel Inside


Pernah korang rasa terkilan dengan sikap manusia disekeliling korang ? 

Ya, mungkin dengan kawan-kawan, dengan sape-sape jelah yang wujud disekeliling korang. Lebih-lebih lagi kalo yang dah ada yang 'special' tu. Faham-faham sajalah kan.

Semua orang akan pernah rasa perkara ini. Sebab inilah kehidupan. Nak tak nak kita kena terima. Kita hidup dalam dunia realiti, bukan fantasi. Entah berapa ramai orang yang sangka dan hidup solah-olah mereka hidup dan berada dalam dunia fantasi semata. Tolong sedar. 

Kadang-kadang kita akan rasa semua ini berat nak pikul. Percayalah, nak tak nak kita kena pikul jugak. Kadang-kadang keadaan seolah-olah memaksa kita untuk itu. Dan kita tetap kena terima.

Pernah kena marah, pernah kena buli, pernah kena hina, pernah kena caci maki, pernah rasa tak dihargai, pernah rasa tak diperlukan, pernah rasa jatuh, pernah rasa kecewa, pernah disakiti, pernah pernah pernah dan pernah. Macam-macam pernah. Banyak sangat pernahnya, tak larat nak tulis.

Tapi ya, Aku pernah rasa semua tu. Perit.

Dan macam yang aku sebut sebelum ini, kita hidup dalam dunia realiti maka kita kena terima. Inilah kehidupan.


Apa yang perlu kita buat  : 

Berhenti mengharap apa yang kita sendiri tidak pasti.

Berhenti melangkah jika kita sendiri tak tahu arah mana nak tuju.

Berhenti tunding jari, salahkan orang lain. Mereka juga tak sempurna.

Berhenti sakiti hati orang lain. Mereka juga ada perasaan ! 

Tak perlu sibuk jaga hati orang lain, kalo hati sendiri pun tak mampu nak jaga ! 

Mereka yang suka buli, caci, hina, rendahkan orang lain, sombong, angkuh, ego , golongan ini tak perlu hidup disekeliling anda. Tinggalkan saja. Ramai lagi yang elok budinya. Hidup biar pandai memilih, setuju  ?

Tentukan sendiri.



Sukarnya Jadi Muslimah ?

Susahnya jadi Muslimah ? 


Lihat saja peraturannya.

  • Aurat wanita lebih banyak yang perlu dijaga berbanding lelaki.
  • Wanita perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.
  • Wanita menerima harta warisan hanya setengah bahagian dari bahagian lelaki.
  • Wanita wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya.
  • Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan terletak di tangan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.  

Tapi pernahkah kita melihat semua ini dengan penuh hikmah dan positif. Tahukah kamu ..

Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan ditempat yang terbaik. Sudah pantai berlian permata ini tidak akan dibiarkan berselerak di tepi jalanan bukan ? Jika barang ini yang sepatutnya tinggi nilainya, dibiarkan berdebu, kotor, pecah kerana tidak dijaga dengan rapi, mane NILAInya ? mana MARUAHnya ?  

Itulah bandingannya dengan seorang wanita ..
Tahukah kamu..

  • Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah ? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.
  • Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah ? Harta tersebut menjadi milik wanita dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya sebaliknya lelaki apabila dia menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.
  • Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah ? Bahawa saat wanita mengandung hingga melahirkan anak maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah ? Jika dia meninggal kerana melahirkan anak maka dia syahid dan syurga menantinya.
  • Tahukah ? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Maksudnya bagi seorang wanita akan ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  • Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah maka dia turut akan menerima pahala setara seperti pahala orang yang pergi berjihad fi sabilillah tanpa perlu unttuk mengangkat senjata.
  • Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu-pintu syurga yang disukainya dengan cukup empat syaratnya iaitu : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
  • Tahukah kamu ? betapa Islam amat menjaga kemuliaan seorang wanita, semasa kecilnya dia dijaga rapi oleh seorang ayah, bila dia sudah berkahwin, suaminya pula mengambil tugas ayahnya untuk menjaganya. Bahkan dosa wanita itu juga ditanggung oleh suaminya.

Wahai sahabatku, tidakkah beberapa perkara diatas menjadikanmu bersyukur telah dilahirkan sebagai seorang muslimah. Jika wanita mempunyai puluhan alasan untuk menuduh agama sebagai pengekang kebebasan wanita, maka Islam punya ratusan bahkan ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam adalah Islam adalah Rahmatan lil 'alamin. Tak ada satu makhluk pun yang dizalimi dengan adanya syariat-Nya kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.



Hati Lelaki Umpama Peti Besi

  
   Hati lelaki umpama peti besi, tempat menyimpan segala masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya. Diam adalah cara dia meraba jalan keluar. Masalah yang datang menerjah adalah makanan harian yang harus ditelan. Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis walaupun perasaan bingung mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik mencekik. Tapi mungkin akan menitis perlahan saat dia bertaubat atas jutaan dosa yang dilakukan.

   Cerita ? Bila-bila saja. Kerana dia hanya akan berkongsi cerita bila memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang yang diajak berkongsi. Tidak sembarang orang yang dapat mendengar luahan hati dia. Tidak semua orang pula dapat mendengar masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus terbuka lorong hati sehingga lari kemana-mana masalah peribadi.

  Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak berkuasa menahan persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekpresikan diri dalam sikap dan tingkah laku adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan perasaan. Apakah itu suka, benci atau bahkan sedih. Ingin rasanya seperti lelaki yang selalu pakai logik. Namun perempuan tetap berbeza. Dia lebih suka bicaria pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata.

   Maka air mata bagi wanita adalah sebuah cara untuk mengungkapkan perasaan. Bahagia, haru, benci, jelas terpancar pada linangan air mata dan esakan tangisnya. Maka bila itu terjadi, mereka hanya mahu didengar dan diperhatikan. Mahu dibantu serta mahu sokongan dan sandaran yang boleh menguatkan, langkah kaki kehidupan yang masih terus berjalan sampai bila.


Sumber : Ustaz Burhan Sodiq (penulis buku best seller "ya Allah aku jatuh cinta ")



Hilangkan Stress dengan Doa ini


Salam, sekadar perkongsian.

Setiap manusia ada masalah. Tidak ada manusia yang tidak ada masalah. Dengan sebab adanya masalah inilah punca ramai di antara kita yang tertekan.

Maka dengan sebab itu, Islam anjurkan kita untuk berdoa bila ditimpa musibah, bala, masalah ujian dan seumpamanya.

Islam tidak anjurkan kita supaya bunuh diri bila ditimpa masalah, Islam tidak anjurkan kita untuk berputus asa bila berdepan masalah, tapi Islam mengajar kita supaya berdepan dengan masalah, dan tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian.

Jika jalan penyelesaian itu tidak ada, jalan terbaik ialah DOA.




Jangan lupa amalkan ayat ni. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, ameen. 



Tutorial Letak Button FB, Twitter dan Blogspot 6_9

Salam.

Entry kali ni aku nak berkongsi ilmu dengan korang sume, cara nak letak button fb dan lain2 tu kt sebelah tu atas tu. contoh mudah tengok yang aku punyer hehe. sebelah kanan sana tuuuu ---->


                                                        
                            

Ape fungsinyer ?
  • nama pun dunia tanpa sempadan, kot2 la korang nak kenal pemunyer blog, sila la add beliau dlm fb/twitter, boleh share2 ilmu berblog ni kan ^_^
  • kewujudan button ni sebenarnya of course la nak bagi cantik. kalo blog korang banyak tempat kosong, so boleh jer letak. Nampak macam ceria sikit. Pembaca pun teruja nak baca blog korang haha ( ye ke? ) 

Macam mane nak buat ni bang ? 

        tutorial untuk korang yang masih pakai old blogger interface : 
  • pertama korang pergi kat DASHBOARD --> DESIGN --> PAGE ELEMENT --> ADD GADJET --> korang kena pilih HTML/JAVASCRIPT

       yang ni pulak tutorial untuk korang yang pakal new blogger interface : 
  • DASHBOARD --> click name blog korang --> akan keluar banyak elemen sebelah kiri tu, pilih LAYOUT --> ADD GADJET --> pilih HTML/JAVASCRIPT

dah keluar kotak html/javascript tu kan,  korang cuma copypaste jer ayat ni ke dalam kotak tu : 

<style type='text/css'>a.linkopacity img {filter:alpha(opacity=50);-moz-opacity: 0.5;opacity: 0.5;-khtml-opacity: 0.5;} a.linkopacity:hover img {filter:alpha(opacity=100);-moz-opacity: 1.0;opacity: 1.0;-khtml-opacity: 1.0; }</style> <div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'> <a class='linkopacity' href='URL facebook' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png" /></a><br /> <a class='linkopacity' href='URL twitter' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/432.png" /></a><br /> <a class='linkopacity' href='URL untuk blog dashboard' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='feed'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png" /></a><br />  </div>

Dah selesai copy paste. 

Korang kena tukar pulak URL yang aku highlightkan warna MERAH kat atas tu dengan URL FACEBOOK, TWITTER dan BLOG korang. 

Kalo korang nak ubah position benda tu atas bawah cuma tukar la yang aku highlightkan warna BIRU dan kalo nak tukar position benda tu ke sebelah kanan cuma kena tukar yang aku highlightkan warna HIJAU tukar kepada RIGHT ^___^ 

Sebelum SAVE, korang PREVIEW dulu dan bila korang dah rasa puas hati, boleh la SAVE !
Selamat maju jaya ^_____^

# ape guna ada segunung ilmu tapi kedekut untuk berkongsi dengan orang lain, kongsi apa yang korang tahu dan jangan kongsi apa yang korang tak tahu.

Junior vs Senior


Salam . 

Sambil aku melayan lagu-lagu maher zain ni, rasa rajin pulak nak update blog. Sebab kadang-kadang ilham nak buat sesuatu ni datang dari lagu-lagu ni. Mungkin sesetengah orang begitu dan tidak semua. Masing-masing ada cari sendiri nak datangkan ilham tu kan :) tak kisah laa dengan cara apa sekalipun ilham tu datang, semoga ia memberi kita suatu kekuatan untuk membuat sesuatu perkara.


Baru 2-3 hari masuk UKM, aku rasa agak berbeza sikit suasananya berbanding first time aku menjejakkan kaki kt UKM ni dulu. Yelah, dulu tahun 1 kan mane nak tau sangat. Apee orang suruh main buat jer. Sekarang dah jadi senior so dah boleh berdikari. Dulu pusing UKM ni cari kelas kuliah, bila dah senior ni tak perlu pusing2 dah sebab dah mahir selok belok UKM ni haha

Mase junior dulu malu-malu jer dalam kelas, nak tegur dak ppuan dalam kelas pun fikir 2-3 kali. Masuk zaman senior peduli ape sume tu, hentam saja haha. Lecture tanya malu-malu jer nak jawab, zaman senior ni peratus keberanian tu melebihi 100 peratus,, selagi boleh jawab so jawab jela kan haha

Zaman junior memang best. Macam-macam ragam. Bila ingat balik rasa kelakar pun ada. Ish berat nanang ni. Takpe sekarang dah besar, so ujian pun banyak. Hadapi dengan senyuman.


Pergh syok wei mase junior ni, banyak betul kenangan. Kepada yang baru masuk tu manfaatkanlah yer. Selagi boleh enjoy hidup ini.



# gambar yang takde kaitan hehe 

Entry Study Week : Jangan Jauhkan Diri Daripada Allah


--Fikiran berserabut--masalah + masalah + masalah -- hidup manusia tidak akan dapat lari dari masalah--
sehebat mana pun jawatan yang dipegang--seagung mana pun status dan panggilan yang dia ada--selagi dia bergelar manusia yang waras dan berakal, selagi itu masalah akan menghantui manusia..lebih-lebih lagi hidup dan memegang status sebagai seorang pelajar/mahasiswa, tekanan memuncak--masalah menggunung--itu lumrah hidup seorang pelajar..

Hidup sebagai seorang pelajar apatah lagi bergelar mahasiswa di Universiti, tidak akan dapat lari daripada program/aktiviti sama ada berbentuk kemasyarakatan atau sebagainya apatah lagi program Mega yang melibatkan sepenuhnya tenaga mahasiswa. Lumrah hidup di Universiti juga tidak akan dapat lari dari tugasan/esaimen yang pensyarah berikan. Stress + tertekan + jiwa kacau + boring + itu perkara biasa yang aku rasa semua orang yang sedang belajar hadapi termasuk aku hadapi. Lumrah kan.

Hidup dalam kelompok atau golongan yang bijak pandai memerlukan kita lebih pandai dari pandai.
Pandai pilih kawan
Pandai jaga hati orang
Pandai jaga itu ini
Pandai uruskan emosi
Pandai selesaikan masalah

Mudah dan ringkasnya, kena pandai dalam pelbagai sudut. Bukan hanya pandai dalam bidang atau subjek yang kita ambil. Hidup di Universiti memerlukan kita pandai dalam semua hal ! kalo hanya pandai dalam subjek tertentu tapi tidak pandai menguruskan diri, tidak pandai menguruskan masa, tidak pandai menguruskan emosi, tidak pandai menguruskan masalah, awak gagal !

Because, here you learn how to manage your time, how to manage your emotion, how to manage yourself, how to manage your problems, because you are here want to learn not just learn about any subject you take but everything.

------------------------------------------------------------------

Seorang junior menghantar SMS kepada aku :

"Andai kau sedih, mengadaplah kepada Allah lalu bermunajat kepadaNya. Andai kau gembira, mengadaplah kepada Allah lalu bersyukur kepadaNya. Andai kau susah, mengadaplah kepada Allah lalu berdoalah kepadaNya. Andai kau senang, mengadaplah kepada Allah lalu bertasbihlah kepadaNya. Ape pun keadaanmu, jangan sekali-kali kau menjauhkan diri daripada Allah s.w.t"

ringkas dan padat. Cukup untuk buat hati berasa bergetar.
# jangan jauhkan diri dari Allah walau ape keadaan sekalipun.

-----------------------------------------------------------------

Hidup sebagai seorang pelajar memang banyak masalah bukan ? yeah !
banyak mana pun masalah, jangan menjauhkan diri daripada Allah s.w.t.
banyak mana pun esaimen, jangan sampai tidak solat.
banyak mana pun rasa down, jangan sampai memudaratkan diri.

# dalam apa keadaan sekalipun, jangan jauhkan diri dari Allah s.w.t.


Buat Jiwa Yang Kecewa: 'Carilah Yang Hilang'



Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.
“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”
kredit : diarihati.com 

Full Islamic Movie, Susah sangat ke ?

Agak lama tidak update blog, biasalah rutin mahasiswa kadang-kadang agak stress sebab banyak esaimen, banyak program, banyak masalah, banyak karenah orang sekeliling. Mood nak update pun semakin berkurang.Tapi alhamdulillah, sekarang cuti pertengahan semester jadi boleh laa luangkan masa dengan blog ni.  
Melihat apa yang berlaku dalam dunia filem tanah air, banyak kebimbangan yang ingin aku kongsikan, dan jangan pula disalah faham..apa yang dikongsikan hanyalah luahan dan pendapat peribadi, tidak berkait dengan orang politik, ekonomi, ngo, persatuan atau apa sahaja yang wujud di bumi Malaysia.
Tidak dinafikan, filem-filem yang ditayangkan sekarang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya daripada golongan muda. Contohnya filem KL Gengster, Ombak Rindu dan macam-macam lagi dan aku yakin korang lebih tahu. Namun dalam keghairahan pengarah mengaut keuntungan, ada kebimbangan yang aku yakin, orang yang faham dan tahu agama akan turut merasai kebimbangan tersebut.
Apa yang aku cuba highlight kan dalam entry kali ini ialah unsur-unsur ghairah/lucah/seksi cuba untuk 'dipopularkan' dalam filem Malaysia oleh pengarah-pengarah filem kerana mengakui, perkara tersebut merupakan satu bentuk tarikan supaya ramai yang menonton. Cubalah suruh pengarah-pengarah filem buat filem : 
  • Perempuan/lelaki mesti tutup aurat dengan sempurna
  • Babak pegang-pegang tidak ada
Dengan kata lain, perlu diterapkan nilai-nilai Islam dalam pembikinan sebuah filem!

"xkan lah baru sekarang ko nak kritik!dalam cerita lain ada jugak babak-babak macam tu, tapi ko tak kritik pun"!
"filem-filem zaman dulu pun ada jer perempuan pakai seksi, ketat, bla bla bla bla.. "


Bukan masanya kita nak menunding jari pada pengarah-pengarah filem zaman dulu, yer mungkin dulu ramai yang jahil, ramai hanya kenal Islam pada nama sahaja, Ustaz/Ustazah zaman dulu tidak seramai zaman sekarang, rancangan berbentuk Islamik zaman dulu pun kurang, apatah lagi zaman dulu nak ada televisyen pun payah, radio kadang-kadang boleh lah dengar tu pun kalo tumpang rumah orang kaya!

Sekarang dah ada televisyen, majoriti yang mampu beli televisyen! apatah lagi radio! Ustaz/ustazah pun semakin ramai, masjid/surau semakin banyak, hari-hari lepas magrhib ada tazkirah! so persoalaanya kenapa masih ada yang jahil atau buat-buat jahil ?

Menunggu hidayah atau mencari hidayah



"sy masih menunggu hidayah untuk menutup aurat..."

Dah lali dengar ayat-ayat macam ni, tapi sampai bila... ?
menunggu hidayah tanpa ada sebarang usaha.. ? contoh mudah " sy minat seseorang, tapi sy hanya menunggu tanpa sebarang usaha " persoalannya dapat kah ?
Hidayah tidak akan datang kalau kita tidak mencari..
hidayah tidak akan datang jika kita hanya menunggu..

so kepada pengarah-pengarah filem

"susah sangat ke nak buat filem yang nampak full islamic.."?

Mahu atau Tidak



Jawapan kepada persoalan diatas, ada dua, mahu atau tidak mahu.. 
terpulanglah kepada pengarah filem..
semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk untuk buat filem full islamic..
dari pelakonnya, wataknya, babaknya, lakonannya., dengan kata lain, dari awal pembikinan filem hingga ke akhirnya, ciri-ciri dan nilai Islam diterapkan..
ada jugak sumbangan pengarah filem kepada masyarakat Islam..

semua orang akan mati, pengarah filem pun akan mati..sebelum mati buatlah sesuatu untuk umat akhir zaman ini..



Muhasabah Buat Diri




Hai Diri semakin lupa dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah s.w.t :

"Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui".

Orang yang benar-benar mengetahui kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia..ini menunjukkan diri ini amat jahil oh Tuhan.

Saat kematian semakin menghampiri diri ini tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat.
Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkan ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadaNya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin memberi peluang untuk kembali kepadaNya sebelum datangnya saat kematian. Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara :

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya Dajjal.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat.

Hadis riwayat Imam Tirmizi.

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan yang lampau: ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada pelaksanaan. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Orang yang cerdik adalah orang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsu dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga( sedangkan tidak beramal )."

Hadis riwayat Imam al-Hakim.

Ya Allah banyaknya dosa hambaMu ini dan sedikit amalan akhirat,
Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,
Hati ini semakin jauh dariMu, Oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya iman,
Aku tidak peduli sama ada manusia mengasihi atau membenci asalkan Engkau menerimaku kembali,
Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku,
maka cabutlah nyawa ini dalam keadaan Engkau redha kepadanya,
Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamaMu dan menambahkan amal baikku maka panjangkanlah umurku dalam keredhaanMu..






amin....




Ku temui Cinta-Nya

Tajuk kat atas tu, bukanlah tajuk yang aku ambil dari kotak fikiran aku. Tajuk tu sebenarnya adalah tajuk sebuah novel Islamic yang aku beli kat putrajaya minggu lepas. Novel karangan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib yang merupakan suami kepada novelis Islamic terkenal iaitu Fatimah Syarha. Sangat menarik untuk dikongsikan.

Novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda Islam yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya.
Sehingga dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan. Namun akhirnya pemuda tersebut menemui jalan cinta kepada-Nya.

Itu sinopsis ringkas ku temui Cinta-Nya. Kalo korang nak, boleh cari kat mane2 kedai buku berhampiran yer ^_^

Dalam masa aku beli buku ni kat Putrajaya, aku ada jugak beli beberapa buku lain. Itupun sebab dapat baucer Rm 200 ni kan, jadi gunakanlah sebaiknya. Antara buku yang menjadi pilihan aku ::





Membaca jambatan ilmu, luas pengetahuan teguh keimanan.
Sekadar perkongsian buat mereka yang dapat baucer Rm 200 tu yang masih tercari-cari dan tak tau nak beli buku ape, aku cadangkan korang beli buku-buku ni ^_^



Langkah Tercipta





Semalam aku kelukaan, 
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lirik lagu - Langkah Tercipta - Unic

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Dalam Peperiksaan


Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Dalam Peperiksaan



Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru 
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

sumber disini

Bolehkah aku berhenti melangkah



        Mencari kebahagiaan tidak semudah yang aku sangkakan ...umpama memburu angin ...ia tidak kelihatan tapi terasa kehadirannya ...ia datang kemudian berlalu pergi ...alangkah baik nya jika kau datang dan kau tetap di situ ..utk terus memberi rasa nyaman kepada ku ...

Namun kalau ia tidak datang lagi...adakah aku harus hanya duduk terdiam dan berputus asa ...atau kubiarkan saja ia terus berlalu ...atau aku mesti menunggu dan terus menunggu ...

Ketahuilah angin ...aku xpernah berhenti berharap ...sampai waktunya kau pasti datang jua ...bila ? biar tuhan yang tentukan ....

sekian ...dan aku masih bernafas hari ini utk terus mengukir senyuman ...syukur alhamdulillah ..



Kekecewaan sering menyelubungi
Di kala aku bersendirian
Memikirkan hawa nafsu 
Sering menguasai diri 
Ketika aku masih muda dahulu

Tidak tahu apa erti kecewa?
Tidak tahu apa erti gembira?

Usia semakin merangkak perlahan-lahan
Aku harus kecapi impian
Aku harus buktikan bahawa
Aku mampu meraih kejayaan…

Kejayaan tidak akan aku kecapi
Jika aku terus begini
Jika aku terus menghambakan 
Diri ini ke jalan kekecewaan
Atau jalan kemusnahan

Aku akan terus melangkah
Tapi bukan ke jalan hitam
Tetapi jalan putih yang masih bersinar
Yang masih mencari
Hamba-hamba yang terumbang-ambing

Mulai di sini
Aku akan terus melangkah
Sebanyak mungkin mencari sinaran
Putih yang sememangnya menjadi harapanku

Ya Allah…
Terimalah doaku ini
Demi kebahagiaanku di dunia ini
Dan akhirat sana yang telah
Engkau janjikan kepada hamba-Mu
Yang sentiasa memperhambakan diri kepada-Mu

Amin…
Ya Rabbal Alamin…

Selamat Bercuti

Alhamdulillah berakhirnya paper terakhir petang tadi maka tamatlah sudah perjuangan menuntut ilmu di bumi UKM ini bagi semester 3 sesi 2011/2012 bersama-sama sahabat seperjuangan. Perjuangan menuntut ilmu tidak akan berhenti disini namun akan tetap diteruskan untuk semester 4 akan datang. Semester 3bakal menutup tirainya dan akan membuka tirainya lebih kurang sebulan lagi. Yang pasti semester 4 menjanjikan cabaran dan dugaan yang lebih hebat kepada penulis.


Segala kisah suka duka akan menjadi kenangan sampai akhir hayat. Bagi penulis, kisah duka dan sedih yang pasti akan dikenang hingga akhir hayat sudah tentu peristiwa kemalangan motor di Shah Alam. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang ada pada ketika itu Amirul, Iqbal, Din Terengganu, dan beberapa sahabat yang lain yang sanggup bersusah payah ketika penulis dalam kemalangan.


Benarlah ungkapan ini :

Sahabat bila kita gembira senang dicari, sahabat bila kita sedih sukar dicari


Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sahabat-sahabat dari Jabatan dakwah dan kepimpinan UKM yang banyak membantu dalam pelbagai perkara. Juga ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar dan banyak membekalkan nota-nota sebagai bahan bacaan. Semoga Allah membalas jasa mereka dunia mahupun akhirat, insyallah.

Tidak ketinggalan kepada kak Iqa-banyak bagi dorongan, juga kak kusyi-tempat mengadu ? Mungkin. Semoga rahsia 'itu' disimpan dengan baik. Juga kepada kakak-kakak, abang-abang yang lain, semoga ukhuwwah ini terjalin buat selamanya.

Akhir kalam, selamat bercuti kepada sahabat-sahabat UKM, juga sahabat-sahabat dari Universiti yang lain. Dengan harapan, semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan mampu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Setiap pertemuan akan ada perpisahan dan setiap perpisahan akan ada pertemuan


Sekian
Amruddin Muhammad
Ukm Bangi.


Wajib Baca ! Tokoh Yahudi Berkata Tentang Islam !



William Ewart Gladstone
(1809-1898) bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan “Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.


Theodore Hertzel
pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), “Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran” – ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.


Arnold Toynbee
Menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”


Samuel Zweimer 
Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. 
Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”


Fidel Castro 
Pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam.
Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”


Callaghan 
Bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.


Jewish Cronical
Majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”
Lawrence Brown

“pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger 

menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini, “sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”
Pemimpin Tertinggi Freemason

“kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis

“arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”


Karl Marx 
pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.”

Miyen
seorang pemimpin di Burma, “jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”