Selamat Bercuti

Alhamdulillah berakhirnya paper terakhir petang tadi maka tamatlah sudah perjuangan menuntut ilmu di bumi UKM ini bagi semester 3 sesi 2011/2012 bersama-sama sahabat seperjuangan. Perjuangan menuntut ilmu tidak akan berhenti disini namun akan tetap diteruskan untuk semester 4 akan datang. Semester 3bakal menutup tirainya dan akan membuka tirainya lebih kurang sebulan lagi. Yang pasti semester 4 menjanjikan cabaran dan dugaan yang lebih hebat kepada penulis.


Segala kisah suka duka akan menjadi kenangan sampai akhir hayat. Bagi penulis, kisah duka dan sedih yang pasti akan dikenang hingga akhir hayat sudah tentu peristiwa kemalangan motor di Shah Alam. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang ada pada ketika itu Amirul, Iqbal, Din Terengganu, dan beberapa sahabat yang lain yang sanggup bersusah payah ketika penulis dalam kemalangan.


Benarlah ungkapan ini :

Sahabat bila kita gembira senang dicari, sahabat bila kita sedih sukar dicari


Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sahabat-sahabat dari Jabatan dakwah dan kepimpinan UKM yang banyak membantu dalam pelbagai perkara. Juga ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar dan banyak membekalkan nota-nota sebagai bahan bacaan. Semoga Allah membalas jasa mereka dunia mahupun akhirat, insyallah.

Tidak ketinggalan kepada kak Iqa-banyak bagi dorongan, juga kak kusyi-tempat mengadu ? Mungkin. Semoga rahsia 'itu' disimpan dengan baik. Juga kepada kakak-kakak, abang-abang yang lain, semoga ukhuwwah ini terjalin buat selamanya.

Akhir kalam, selamat bercuti kepada sahabat-sahabat UKM, juga sahabat-sahabat dari Universiti yang lain. Dengan harapan, semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan mampu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Setiap pertemuan akan ada perpisahan dan setiap perpisahan akan ada pertemuan


Sekian
Amruddin Muhammad
Ukm Bangi.