Kelebihan Wanita Yang Jarang Diketahui

wAssalamualaikum. Bismillahirohmanirohim. Alhamdulillah. Kupanjatkan rasa syukur kepada Illahi kerana hingga ke saat ni masih diberi ruang dan peluang untuk terus berjuang dalam medium dakwah melalui penulisan blog ini. Pertamanya aku ingin memohon beribu kemaafan dan salam aidilfitri buat sahabat yang sudi menjengah/menjeling/menziarah di sini , walaupun aidilfirti sudah lama berlalu, namun ucapan maaf dan saling memaafkan itu tidak perlu menunggu tibanya aidifitri kan?. Pada awal pagi ni, aku meluangkan sedikit masa untuk meng update blog yang kian lama tersadai ni, rase rindu pulak hehe.


Jarang atau biasa didengari?

Mungkin ada sahabat2 daripada kaum hawa, yang jarang2 dengar perkara ni, tak kisah la dari mane kan, dan mungkin ramai juga yang dah tahu , almaklumlah mungkin ada yang dari golongan berpendidikan agama, bidang agama, tak kisahlah, yang dah tau sebar2kan, yang belum tau baca smpai habis hehe =P


Kelebihan wanita

Aku tuliskan sesuatu khas untuk para wanita, untuk dihayati, untuk direnungkan bersama, semoga kita beroleh manfaat insyallah.


  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “sifat seorang Ibu lebih penyayang daripada seorang ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

  •  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya di dunia ini dengan istiqamah.

  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

  •  Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki jahat.

  • Wanita yang mengauli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.

  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.


  •  Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  •  Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Syurga.


  • Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.

  • Wanita yang taat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya.


  • Perempuan yang menjaga Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.

  • Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

  • Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Solat.

  • Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.

  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).

  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.

  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70 000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


  • Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

  • 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

  • Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.


  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam Syurga.






Allahurabbi, banyaknya kelebihan wanita, bersyukurlah dengan apa yang telah sedia ada, jangan pertikaikan kenapa Allah jadikan kamu seorang wanita..selamat menambah ilmu =)