Doa yang Mustajab


Ibn 'Athailah, pengarang al Hikam menyatakan doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t.Rukun yang paling utama menurut beliau ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa iaitu :

Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. Sabda Nabi s.a.w
“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?”  ( HR Bukhari dan Muslim )


 Waktu diantara azan dan iqamah. Sabda Nabi s.a.w
“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)


Ketika sujud dalam solat. Sabda Nabi s.a.w
 “ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )

Ketika berpuasa. Sabda Nabi s.a.w
 “ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

Sepanjang hari jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa. Sabda Nabi s.a.w
“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )


 Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)


 Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah. Berdasarkan sebuah hadis
“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)


 Ketika ayam berkokok
“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )


 Ketika hujan
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).


 Tatkala ketika berbuka puasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)


 Ketika hari Arafah
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)



Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya


Pilihan Di Tangan Kita

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan dan diberi ilham untuk menukilkan sesuatu untuk tatapan kita semua insyallah.
Hari ni tertarik untuk menulis berkenaan dengan tajuk di atas " pilihan di tangan kita ".

"Pilihan Di Tangan Kita"
Kita yang menentukan arah tuju hidup kita
BUKAN ORANG LAIN
Kita yang menentukan jalan yang nak kita lalui
sama ada jalan yang penuh berduri ataupun jalan yang indah
sama ada jalan berliku ataupun jalan yang lurus
sama ada jalan yang bahaya ataupun jalan yang selamat
semuanya bergantung kepada kita
pilihan menentukan semua itu di tangan kita
BUKAN DI TANGAN ORANG LAIN

Kita jangan terlalu manja
terlalu mengharapkan orang lain membuat keputusan untuk diri sendiri
bila orang lain yang membuat keputusan untuk kita
mungkin keputusan tu belum tentu dapat memuaskan hati kita
bila begitu
baru rasa menyesal
mula nak salahkan orang yang membuat keputusan tu
mase tu baru nak melenting
dah tak guna menyesal mase tu
dah tak guna nak melenting mase tu

Sebaiknya kita yang membuat keputusan
lagi baik kalo kita minta pandangan orang sekeliling kita
orang yang " makan garam dulu sebelum kita "
sama ada ibu bapa, saudara, sepupu, sahabat sendiri dll
minta pandangan mereka
minta pendapat mereka
bukan membuat keputusan secara melulu
dengan cara tu kita boleh simpulkan sendiri
yang mana baik yang tak baik

tapi harus diingat juga
membuat keputusan bukan dengan emosi
bukan dengan nafsu
tetapi dengan akal kita
ditambah keimanan kita  
ditambah dengan solat di tengah malam
mohon dari Nya agar diberi petunjuk
Insyallah kita akan membuat keputusan yang terbaik

Pilihan di tangan kita
menentukan sama ada jalan yang kita lalui 
menuju sengsara atau bahagia
syurga atau neraka