Cintai Dia Dalam Diam

 Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

sumber

Facebook Bukan Tuhan

Assalamualaikum..alhamdulillah segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam, kerana hingga saat ini aku masih diberi peluang utk merasa nikmat yang sangat banyak yang dikurniakn kpd aku , alhamdulillah.

Meh aku nk citer cikit pasal facebook nih atau dalam bahasa terengganu 'lamang muker buku' . Bukan nak citer pasal siapa pengasas dye mark ape ntah name org tu dan tahun bila beroperasi.

Cuma nak bagi pandangan aku laa. Sekarang aku duk perhatikan, ramai yang anggap facebook ni mcm Tuhan.

Haish!biar betul ? kenapa pulak sampai aku anggap mcm tu ?

Sebelum aku jawab soalan yang bermain dalam otak korang sume, meh jawab soalan aku dulu :

-korang ada masalah, kat sape korang mengadu ? Allah
-korang bahagia, dengan sape korang berkongsi ? Allah
-korang sedih, kat sape korang mohon beri kekuatan ? Allah

ok, sekarang bagi aku jawab soalan yang bermain dalam fikiran korang, kenapa ramai yang anggap facebook ni macam Tuhan.

-ada masalah, bagitau dalam facebook.
-bahagia, bagitau dalam facebook.
-sedih/frust/kecewa, bagitau dalam facebook.
-kalo boleh apa yang kita sedang buat, akan buat, nak bagitau dalam tu.

aku tak cakap semua la, tapi segelintir yang anggap mcm tu..aku pun cmtu jgk!

mesti ada bidas aku cmni '
 "salah k aku nk kongsi dgn orang lain ?????"

er____ada aku cakap salah ? aku tak cakap pun salah bro..korang nak kongsi ape-ape pun kongsi jelah, tapi biar kena.

biar kena ?? cmne tu ?

ok, korang ada masalah kan ?
korang frust ?
korang kecewa ?
korang sedih putus cinta ?

-mana peranan korang sebagai anak ? sepatutnya kalo ada masalah beritahulah kepada mak ayah, sebab mereka yang penat lelah besarkan korang, bukan mark zulckerberg  tuh! aku tak cakap semua, tapi segelintir la yang suka sangat share masalah dalam facebook..

Tapi bila dengan mak ayah haram pun tak beritahu..bila mak ayah tanya 
    'ada masalah tak ?' jwbnya 'takde, sume ok'..
tapi dalam facebook bukan main mengadu itu dan ni..nampak sangat facebook lebih penting berbanding mak ayah korang.

-mane peranan korang sebagai hamba Allah ? sepatutnya korang mengadu kepada Allah swt, DIA yang menciptakan kita semua, DIA yang mencurahkan segalanya kepada kita, DIA yang memberi rasa bahagia, rasa sedih, rasa kecewa, jadi mengadulah kepada DIA..hanya DIA yang mampu tolong kita dalam apa jua situasi sekalipun!

bro,
macam mane nak mengadu kepada Allah ? 

-DOA

yup__DOA!

Allah berfirman (maksudnya):

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

lagi satu, apa kata korang share benda yang berfaedah dalam wall fb korang tu, ada gak manfaatnya..

Selamat Beramal :)