Agenda Yahudi yang Kita Tidak Tahu!

Assalamualaikum..Bismillahirohmanirohim..Alhamdulillah..Hari ni mood aku agak bagus hingga dapat lagi aku menukilkan sesuatu yang berguna untuk diri aku dan juga sahabat-sahabat sekalian. Ape yang aku nak kongsikan hari ni mungkin agak mengejutkan bagi sape-sape yang belum tahu dan mungkin dianggap biasa-biasa jer bagi yang dah tahu. 


Sebenarnya telah lama kita diperdayakan, namun hari ni perancangan mereka semakin lama semakin lemah. Allahuakbar, sungguh perancangan Allah maha hebat daripada perancangan manusia! Kita disuruh, digalakkan membeli dan minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Rasulullah s.a.w. Ternyata ramai umat Islam yang terpedaya..sabda Rasulullah s.a.w..


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Bukan itu sahaja :>


  • Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Oleh sebab itu kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini!
contoh hidangan hati ayam

  • Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
sekadar hiasan

  • Kita diajar supaya tidak digalakkan makan daging kambing kerana daging kambing mempunyai kolesterol yang tinggi, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol!

  • Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolestrolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

sekadar hiasan

  • Mereka juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan ( gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ) . Dan kita juga yang ketagih minum.

sekadar hiasan

  • Untuk pengetahuan, mereka juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Soya juga ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.   
sekadar hiasan

  • Maklumat tambahan, susu soya sangat tidak elok untuk bayi yang baru lahir sebab ianya tidak elok untuk pembentukan otot bayi... berilah minum sedikit susu kambing untuk mengelakkan bayi yang baru lahir drpd penyakit jaundis (demam kuning).

Sekarang korang dah tau kan, untuk itu jangan lupa kongsikan info ni supaya member-member, geng-geng, sahabat-sahabat korang pun tau pasal ni dan juga sebagai tanda syg korang kepada orang yang korang syg =)