Kelebihan Umat Nabi Muhammad s.a.w pada pandangan Nabi Adam a.s

Assalamualaikum. Bismillahirohmanirohim. Alhamdulillah bersua lagi kita dalam nukilan terbaru. Mendapat ilham untuk berkongsi sedikit ilmu dengan kalian di pagi jumaat yang mulia hari ni.Semoga beroleh manfaat insyAllah.


Nabi Adam A.S Berkata :
" Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberikan memberikan kepada umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku ". 

  • Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muuhammad s.a.w diterima di mana-mana tempat oleh Allah s.w.t.
  • Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah Allah s.w.t, maka Allah s.w.t telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammad s.a.w membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t memberi pakaian kepada mereka.
  • Ketika aku derhaka kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w berbuat derhaka, Allah s.w.t tidak memisahkan isteri mereka.
  • Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t di dalam syurga dan aku di keluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammaad s.a.w derhaka kepada Allah s.w.r akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t. 


Bertuahnya kita dipilih oleh Allah S.w.t untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w..