Agenda Yahudi yang Kita Tidak Tahu!

Assalamualaikum..Bismillahirohmanirohim..Alhamdulillah..Hari ni mood aku agak bagus hingga dapat lagi aku menukilkan sesuatu yang berguna untuk diri aku dan juga sahabat-sahabat sekalian. Ape yang aku nak kongsikan hari ni mungkin agak mengejutkan bagi sape-sape yang belum tahu dan mungkin dianggap biasa-biasa jer bagi yang dah tahu. 


Sebenarnya telah lama kita diperdayakan, namun hari ni perancangan mereka semakin lama semakin lemah. Allahuakbar, sungguh perancangan Allah maha hebat daripada perancangan manusia! Kita disuruh, digalakkan membeli dan minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Rasulullah s.a.w. Ternyata ramai umat Islam yang terpedaya..sabda Rasulullah s.a.w..


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Bukan itu sahaja :>


  • Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Oleh sebab itu kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini!
contoh hidangan hati ayam

  • Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
sekadar hiasan

  • Kita diajar supaya tidak digalakkan makan daging kambing kerana daging kambing mempunyai kolesterol yang tinggi, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol!

  • Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolestrolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

sekadar hiasan

  • Mereka juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan ( gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ) . Dan kita juga yang ketagih minum.

sekadar hiasan

  • Untuk pengetahuan, mereka juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Soya juga ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.   
sekadar hiasan

  • Maklumat tambahan, susu soya sangat tidak elok untuk bayi yang baru lahir sebab ianya tidak elok untuk pembentukan otot bayi... berilah minum sedikit susu kambing untuk mengelakkan bayi yang baru lahir drpd penyakit jaundis (demam kuning).

Sekarang korang dah tau kan, untuk itu jangan lupa kongsikan info ni supaya member-member, geng-geng, sahabat-sahabat korang pun tau pasal ni dan juga sebagai tanda syg korang kepada orang yang korang syg =)


Tiga Persepsi Khalifah Umar al-Khattab Terhadap Seorang Wanita



Assalamualaikum..Bismillahirohmanirohim..Alhamdulillah.. Sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat sekalian khususnya kaum hawa. Ini lah pandangan seorang khalifah terhadap wanita..nukilan ini khusus kepada kaum hawa, namun kaum adam juga yang bakal bergelar suami, atau bergelar anak kepada sorang ibu boleh juga mengambil berat terhadap pandangan Khalifah Umar al-Khattab ini..Sama-sama kita renungkan..  


Pandangan pertama :

  • Wanita yang lemah lembut, iffah (menjaga kesuciannya), muslimah, penyayang dan selalu membantu suami. Jarang kita boleh mendapatkan wanita seperti ini.
Pandangan kedua :
  • Wanita yang hanya menjadi tempat mengandung anak, tidak lebih daripada itu.
Pandangan ketiga :
  • Wanita yang seperti dibelenggu. Sesungguhnya Allah kalungkan kepada orang yang Dia kehendaki dan mencabutnya jika Dia mengkehendakinya. Tiada apa-apa kelebihan sebagai wanita.

Jadi.. Di mana anda? Adakah anda hanya wanita yang menjadi tempat mengandung semata-mata atau lebih dari itu? Renung-renungkanlah..




Tujuh Peristiwa Ganjil Seorang Penggali Kubur


Assalamualaikum..Bismillahirohmanirohim..nukilan rohani buat kita semua semoga kita beroleh manfaat lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini insyallah.



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."



  • Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


  • Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


  • " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


  • Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


  • Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


  • " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



  • " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."





Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.


Logo dan Lambang Yahudi Dalam Komputer/Laptop anda!



Assalamualaikum..Bismillahirohmanirohim..Alhamdulillah..dah masuk hari ke-16 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ni..terasa sekejap sangat masa berlalu..begitu masa amat mencemburui kita..jadi manfaatkan masa-masa yang ada ni dengan menambahkan amalan-amalan di bulan mulia ni, Ramadhan bukan hadir tiap-tiap hari, tak hadir tiap-tiap bulan tapi sekali setahun..




ok aku nak kongsi dengan korang yang mungkin tak tahu dan tak sedar dengan kewujudan benda ni dalam komputer atau laptop korang..
  • sekarang cuba korang perhati betul-betul background gambar kt atas..ape persamaan dengan gambar kt bawah nih..?korang fikir-fikirkan..


  • ok sekarang cuba tengok persamaan gambar kt atas tu ( lilin banyak2 tu ) dengan gambar kt bawah nih..korang fikirkan..




dah puas tengok? meh aku nak bagitau korang mcm mane nak cari benda nih dalam komputer atau laptop korang..senang jer, cuma ikut langkah yang aku bagi ni..

  • my computer-klik local disk C
  • klik program-cari microsoftoffice
  • cari media-klik cagcat 10
  • sekarang cari media yang ada nombor kod nih j0285926.wmf
  • dah jumpa?sama tak dengan gambar yang aku dapat kt bawah nih ? kalo sama bagus, kalo tak, jangan marah tau hihik..=P



  • ini lah gambar gabungan israel dan menorah. Menorah tu ape? ok menorah tu bermaksud lilin kemenangan yang juga dapat ditemui dalam lambang mossad iaitu sebuah ejen perisikan israel.
  • aku dah buang gambar nih dalam laptop aku.
  • terserah la pada korang nak hapuskan k atau nak simpan gambar tu..

Kelebihan Umat Nabi Muhammad s.a.w pada pandangan Nabi Adam a.s

Assalamualaikum. Bismillahirohmanirohim. Alhamdulillah bersua lagi kita dalam nukilan terbaru. Mendapat ilham untuk berkongsi sedikit ilmu dengan kalian di pagi jumaat yang mulia hari ni.Semoga beroleh manfaat insyAllah.


Nabi Adam A.S Berkata :
" Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberikan memberikan kepada umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku ". 

  • Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muuhammad s.a.w diterima di mana-mana tempat oleh Allah s.w.t.
  • Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah Allah s.w.t, maka Allah s.w.t telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammad s.a.w membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t memberi pakaian kepada mereka.
  • Ketika aku derhaka kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w berbuat derhaka, Allah s.w.t tidak memisahkan isteri mereka.
  • Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t di dalam syurga dan aku di keluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammaad s.a.w derhaka kepada Allah s.w.r akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t. 


Bertuahnya kita dipilih oleh Allah S.w.t untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w..

Persoalan ketika diuji

Apabila kita sering diuji, kita mungkin akan ditimpa dua situasi sama ada disebabkan ujian itu kita akan lebih bersemangat ataupun semakin hilang semangat. Antara bentuk ujian yang Allah turunkan untuk menguji hamba-hambaNya ialah :


  • perhiasan dunia
  • kenikmatan dunia
  • godaan hawa nafsu
  • godaan syaitan
  • kebaikan dan keburukan
  • ketakutan, kelaparan, kerugian harta benda
  • anak pinak, saudara, sahabat
  • pangkat dan darjat






Hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)


  •  Persoalan manusia bila sering diuji namun setiap persoalan yang ditimbulkan oleh manusia itu telah dijawab di dalam Al-Quran yang telah wujud beribu tahun dahulu. Allahurabbi



KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran ayat 200

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada AIlah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah Yusuf ayat 87




Buka hati, buka minda, layakkah kita persoalkan semua ini ? layakkah kita persoalkan itu dan ini terhadap Yang Maha Kuasa ? Fikir-fikirkan =)

Doa yang Mustajab


Ibn 'Athailah, pengarang al Hikam menyatakan doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t.Rukun yang paling utama menurut beliau ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa iaitu :

Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. Sabda Nabi s.a.w
“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?”  ( HR Bukhari dan Muslim )


 Waktu diantara azan dan iqamah. Sabda Nabi s.a.w
“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)


Ketika sujud dalam solat. Sabda Nabi s.a.w
 “ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )

Ketika berpuasa. Sabda Nabi s.a.w
 “ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

Sepanjang hari jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa. Sabda Nabi s.a.w
“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )


 Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)


 Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah. Berdasarkan sebuah hadis
“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)


 Ketika ayam berkokok
“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )


 Ketika hujan
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).


 Tatkala ketika berbuka puasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)


 Ketika hari Arafah
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)



Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya