Muhasabah Buat Diri
Hai Diri semakin lupa dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah s.w.t :
"Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui".
Orang yang benar-benar mengetahui kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia..ini menunjukkan diri ini amat jahil oh Tuhan.
Saat kematian semakin menghampiri diri ini tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat.
Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkan ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadaNya.
Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin memberi peluang untuk kembali kepadaNya sebelum datangnya saat kematian. Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara :
1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.
2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya yang menyebabkan kamu melampaui batas.
3. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.
4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.
5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.
6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya Dajjal.
7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat.
Hadis riwayat Imam Tirmizi.
Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan yang lampau: ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada pelaksanaan. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Orang yang cerdik adalah orang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsu dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga( sedangkan tidak beramal )."
Hadis riwayat Imam al-Hakim.
Ya Allah banyaknya dosa hambaMu ini dan sedikit amalan akhirat,
Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,
Hati ini semakin jauh dariMu, Oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya iman,
Aku tidak peduli sama ada manusia mengasihi atau membenci asalkan Engkau menerimaku kembali,
Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku,
maka cabutlah nyawa ini dalam keadaan Engkau redha kepadanya,
Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamaMu dan menambahkan amal baikku maka panjangkanlah umurku dalam keredhaanMu..
amin....
Ku temui Cinta-Nya
Novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda Islam yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya.
Sehingga dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan. Namun akhirnya pemuda tersebut menemui jalan cinta kepada-Nya.
Itu sinopsis ringkas ku temui Cinta-Nya. Kalo korang nak, boleh cari kat mane2 kedai buku berhampiran yer ^_^
Dalam masa aku beli buku ni kat Putrajaya, aku ada jugak beli beberapa buku lain. Itupun sebab dapat baucer Rm 200 ni kan, jadi gunakanlah sebaiknya. Antara buku yang menjadi pilihan aku ::
Membaca jambatan ilmu, luas pengetahuan teguh keimanan.
Sekadar perkongsian buat mereka yang dapat baucer Rm 200 tu yang masih tercari-cari dan tak tau nak beli buku ape, aku cadangkan korang beli buku-buku ni ^_^
Sekadar perkongsian buat mereka yang dapat baucer Rm 200 tu yang masih tercari-cari dan tak tau nak beli buku ape, aku cadangkan korang beli buku-buku ni ^_^
Langkah Tercipta
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Lirik lagu - Langkah Tercipta - Unic
Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Dalam Peperiksaan
![]() |
| Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Dalam Peperiksaan |
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
sumber disini
sumber disini
Bolehkah aku berhenti melangkah
Mencari kebahagiaan tidak semudah yang aku sangkakan ...umpama memburu angin ...ia tidak kelihatan tapi terasa kehadirannya ...ia datang kemudian berlalu pergi ...alangkah baik nya jika kau datang dan kau tetap di situ ..utk terus memberi rasa nyaman kepada ku ...
Namun kalau ia tidak datang lagi...adakah aku harus hanya duduk terdiam dan berputus asa ...atau kubiarkan saja ia terus berlalu ...atau aku mesti menunggu dan terus menunggu ...
Ketahuilah angin ...aku xpernah berhenti berharap ...sampai waktunya kau pasti datang jua ...bila ? biar tuhan yang tentukan ....
sekian ...dan aku masih bernafas hari ini utk terus mengukir senyuman ...syukur alhamdulillah ..
Kekecewaan sering menyelubungi
Di kala aku bersendirian
Memikirkan hawa nafsu
Sering menguasai diri
Ketika aku masih muda dahulu
Tidak tahu apa erti kecewa?
Tidak tahu apa erti gembira?
Usia semakin merangkak perlahan-lahan
Aku harus kecapi impian
Aku harus buktikan bahawa
Aku mampu meraih kejayaan…
Kejayaan tidak akan aku kecapi
Jika aku terus begini
Jika aku terus menghambakan
Diri ini ke jalan kekecewaan
Atau jalan kemusnahan
Aku akan terus melangkah
Tapi bukan ke jalan hitam
Tetapi jalan putih yang masih bersinar
Yang masih mencari
Hamba-hamba yang terumbang-ambing
Mulai di sini
Aku akan terus melangkah
Sebanyak mungkin mencari sinaran
Putih yang sememangnya menjadi harapanku
Ya Allah…
Terimalah doaku ini
Demi kebahagiaanku di dunia ini
Dan akhirat sana yang telah
Engkau janjikan kepada hamba-Mu
Yang sentiasa memperhambakan diri kepada-Mu
Amin…
Ya Rabbal Alamin…Selamat Bercuti
Alhamdulillah berakhirnya paper terakhir petang tadi maka tamatlah sudah perjuangan menuntut ilmu di bumi UKM ini bagi semester 3 sesi 2011/2012 bersama-sama sahabat seperjuangan. Perjuangan menuntut ilmu tidak akan berhenti disini namun akan tetap diteruskan untuk semester 4 akan datang. Semester 3bakal menutup tirainya dan akan membuka tirainya lebih kurang sebulan lagi. Yang pasti semester 4 menjanjikan cabaran dan dugaan yang lebih hebat kepada penulis.
Benarlah ungkapan ini :
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sahabat-sahabat dari Jabatan dakwah dan kepimpinan UKM yang banyak membantu dalam pelbagai perkara. Juga ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar dan banyak membekalkan nota-nota sebagai bahan bacaan. Semoga Allah membalas jasa mereka dunia mahupun akhirat, insyallah.
Tidak ketinggalan kepada kak Iqa-banyak bagi dorongan, juga kak kusyi-tempat mengadu ? Mungkin. Semoga rahsia 'itu' disimpan dengan baik. Juga kepada kakak-kakak, abang-abang yang lain, semoga ukhuwwah ini terjalin buat selamanya.
Akhir kalam, selamat bercuti kepada sahabat-sahabat UKM, juga sahabat-sahabat dari Universiti yang lain. Dengan harapan, semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan mampu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Sekian
Amruddin Muhammad
Ukm Bangi.
Segala kisah suka duka akan menjadi kenangan sampai akhir hayat. Bagi penulis, kisah duka dan sedih yang pasti akan dikenang hingga akhir hayat sudah tentu peristiwa kemalangan motor di Shah Alam. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang ada pada ketika itu Amirul, Iqbal, Din Terengganu, dan beberapa sahabat yang lain yang sanggup bersusah payah ketika penulis dalam kemalangan.
Sahabat bila kita gembira senang dicari, sahabat bila kita sedih sukar dicari
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sahabat-sahabat dari Jabatan dakwah dan kepimpinan UKM yang banyak membantu dalam pelbagai perkara. Juga ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar dan banyak membekalkan nota-nota sebagai bahan bacaan. Semoga Allah membalas jasa mereka dunia mahupun akhirat, insyallah.
Tidak ketinggalan kepada kak Iqa-banyak bagi dorongan, juga kak kusyi-tempat mengadu ? Mungkin. Semoga rahsia 'itu' disimpan dengan baik. Juga kepada kakak-kakak, abang-abang yang lain, semoga ukhuwwah ini terjalin buat selamanya.
Akhir kalam, selamat bercuti kepada sahabat-sahabat UKM, juga sahabat-sahabat dari Universiti yang lain. Dengan harapan, semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan mampu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Setiap pertemuan akan ada perpisahan dan setiap perpisahan akan ada pertemuan
Sekian
Amruddin Muhammad
Ukm Bangi.
Wajib Baca ! Tokoh Yahudi Berkata Tentang Islam !
William Ewart Gladstone
(1809-1898) bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan “Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.
Theodore Hertzel
pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), “Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran” – ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.
Arnold Toynbee
Menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”
Samuel Zweimer
Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam.
Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”
Fidel Castro
Pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam.
Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”
Callaghan
Bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.
Jewish Cronical
Majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”
Lawrence Brown
“pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger
menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini, “sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”
Pemimpin Tertinggi Freemason
“kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis
“arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”
Karl Marx
pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.”
Miyen
seorang pemimpin di Burma, “jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”
Langgan:
Catatan (Atom)





.jpg)














