Buat Jiwa Yang Kecewa: 'Carilah Yang Hilang'



Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.
“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”
kredit : diarihati.com 

Full Islamic Movie, Susah sangat ke ?

Agak lama tidak update blog, biasalah rutin mahasiswa kadang-kadang agak stress sebab banyak esaimen, banyak program, banyak masalah, banyak karenah orang sekeliling. Mood nak update pun semakin berkurang.Tapi alhamdulillah, sekarang cuti pertengahan semester jadi boleh laa luangkan masa dengan blog ni.  
Melihat apa yang berlaku dalam dunia filem tanah air, banyak kebimbangan yang ingin aku kongsikan, dan jangan pula disalah faham..apa yang dikongsikan hanyalah luahan dan pendapat peribadi, tidak berkait dengan orang politik, ekonomi, ngo, persatuan atau apa sahaja yang wujud di bumi Malaysia.
Tidak dinafikan, filem-filem yang ditayangkan sekarang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya daripada golongan muda. Contohnya filem KL Gengster, Ombak Rindu dan macam-macam lagi dan aku yakin korang lebih tahu. Namun dalam keghairahan pengarah mengaut keuntungan, ada kebimbangan yang aku yakin, orang yang faham dan tahu agama akan turut merasai kebimbangan tersebut.
Apa yang aku cuba highlight kan dalam entry kali ini ialah unsur-unsur ghairah/lucah/seksi cuba untuk 'dipopularkan' dalam filem Malaysia oleh pengarah-pengarah filem kerana mengakui, perkara tersebut merupakan satu bentuk tarikan supaya ramai yang menonton. Cubalah suruh pengarah-pengarah filem buat filem : 
  • Perempuan/lelaki mesti tutup aurat dengan sempurna
  • Babak pegang-pegang tidak ada
Dengan kata lain, perlu diterapkan nilai-nilai Islam dalam pembikinan sebuah filem!

"xkan lah baru sekarang ko nak kritik!dalam cerita lain ada jugak babak-babak macam tu, tapi ko tak kritik pun"!
"filem-filem zaman dulu pun ada jer perempuan pakai seksi, ketat, bla bla bla bla.. "


Bukan masanya kita nak menunding jari pada pengarah-pengarah filem zaman dulu, yer mungkin dulu ramai yang jahil, ramai hanya kenal Islam pada nama sahaja, Ustaz/Ustazah zaman dulu tidak seramai zaman sekarang, rancangan berbentuk Islamik zaman dulu pun kurang, apatah lagi zaman dulu nak ada televisyen pun payah, radio kadang-kadang boleh lah dengar tu pun kalo tumpang rumah orang kaya!

Sekarang dah ada televisyen, majoriti yang mampu beli televisyen! apatah lagi radio! Ustaz/ustazah pun semakin ramai, masjid/surau semakin banyak, hari-hari lepas magrhib ada tazkirah! so persoalaanya kenapa masih ada yang jahil atau buat-buat jahil ?

Menunggu hidayah atau mencari hidayah



"sy masih menunggu hidayah untuk menutup aurat..."

Dah lali dengar ayat-ayat macam ni, tapi sampai bila... ?
menunggu hidayah tanpa ada sebarang usaha.. ? contoh mudah " sy minat seseorang, tapi sy hanya menunggu tanpa sebarang usaha " persoalannya dapat kah ?
Hidayah tidak akan datang kalau kita tidak mencari..
hidayah tidak akan datang jika kita hanya menunggu..

so kepada pengarah-pengarah filem

"susah sangat ke nak buat filem yang nampak full islamic.."?

Mahu atau Tidak



Jawapan kepada persoalan diatas, ada dua, mahu atau tidak mahu.. 
terpulanglah kepada pengarah filem..
semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk untuk buat filem full islamic..
dari pelakonnya, wataknya, babaknya, lakonannya., dengan kata lain, dari awal pembikinan filem hingga ke akhirnya, ciri-ciri dan nilai Islam diterapkan..
ada jugak sumbangan pengarah filem kepada masyarakat Islam..

semua orang akan mati, pengarah filem pun akan mati..sebelum mati buatlah sesuatu untuk umat akhir zaman ini..



Muhasabah Buat Diri




Hai Diri semakin lupa dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah s.w.t :

"Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui".

Orang yang benar-benar mengetahui kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia..ini menunjukkan diri ini amat jahil oh Tuhan.

Saat kematian semakin menghampiri diri ini tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat.
Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkan ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadaNya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin memberi peluang untuk kembali kepadaNya sebelum datangnya saat kematian. Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara :

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya Dajjal.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat.

Hadis riwayat Imam Tirmizi.

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan yang lampau: ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada pelaksanaan. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Orang yang cerdik adalah orang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsu dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga( sedangkan tidak beramal )."

Hadis riwayat Imam al-Hakim.

Ya Allah banyaknya dosa hambaMu ini dan sedikit amalan akhirat,
Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,
Hati ini semakin jauh dariMu, Oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya iman,
Aku tidak peduli sama ada manusia mengasihi atau membenci asalkan Engkau menerimaku kembali,
Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku,
maka cabutlah nyawa ini dalam keadaan Engkau redha kepadanya,
Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamaMu dan menambahkan amal baikku maka panjangkanlah umurku dalam keredhaanMu..






amin....




Ku temui Cinta-Nya

Tajuk kat atas tu, bukanlah tajuk yang aku ambil dari kotak fikiran aku. Tajuk tu sebenarnya adalah tajuk sebuah novel Islamic yang aku beli kat putrajaya minggu lepas. Novel karangan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib yang merupakan suami kepada novelis Islamic terkenal iaitu Fatimah Syarha. Sangat menarik untuk dikongsikan.

Novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda Islam yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya.
Sehingga dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan. Namun akhirnya pemuda tersebut menemui jalan cinta kepada-Nya.

Itu sinopsis ringkas ku temui Cinta-Nya. Kalo korang nak, boleh cari kat mane2 kedai buku berhampiran yer ^_^

Dalam masa aku beli buku ni kat Putrajaya, aku ada jugak beli beberapa buku lain. Itupun sebab dapat baucer Rm 200 ni kan, jadi gunakanlah sebaiknya. Antara buku yang menjadi pilihan aku ::





Membaca jambatan ilmu, luas pengetahuan teguh keimanan.
Sekadar perkongsian buat mereka yang dapat baucer Rm 200 tu yang masih tercari-cari dan tak tau nak beli buku ape, aku cadangkan korang beli buku-buku ni ^_^



Langkah Tercipta





Semalam aku kelukaan, 
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lirik lagu - Langkah Tercipta - Unic

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Dalam Peperiksaan


Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Dalam Peperiksaan



Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru 
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

sumber disini

Bolehkah aku berhenti melangkah



        Mencari kebahagiaan tidak semudah yang aku sangkakan ...umpama memburu angin ...ia tidak kelihatan tapi terasa kehadirannya ...ia datang kemudian berlalu pergi ...alangkah baik nya jika kau datang dan kau tetap di situ ..utk terus memberi rasa nyaman kepada ku ...

Namun kalau ia tidak datang lagi...adakah aku harus hanya duduk terdiam dan berputus asa ...atau kubiarkan saja ia terus berlalu ...atau aku mesti menunggu dan terus menunggu ...

Ketahuilah angin ...aku xpernah berhenti berharap ...sampai waktunya kau pasti datang jua ...bila ? biar tuhan yang tentukan ....

sekian ...dan aku masih bernafas hari ini utk terus mengukir senyuman ...syukur alhamdulillah ..



Kekecewaan sering menyelubungi
Di kala aku bersendirian
Memikirkan hawa nafsu 
Sering menguasai diri 
Ketika aku masih muda dahulu

Tidak tahu apa erti kecewa?
Tidak tahu apa erti gembira?

Usia semakin merangkak perlahan-lahan
Aku harus kecapi impian
Aku harus buktikan bahawa
Aku mampu meraih kejayaan…

Kejayaan tidak akan aku kecapi
Jika aku terus begini
Jika aku terus menghambakan 
Diri ini ke jalan kekecewaan
Atau jalan kemusnahan

Aku akan terus melangkah
Tapi bukan ke jalan hitam
Tetapi jalan putih yang masih bersinar
Yang masih mencari
Hamba-hamba yang terumbang-ambing

Mulai di sini
Aku akan terus melangkah
Sebanyak mungkin mencari sinaran
Putih yang sememangnya menjadi harapanku

Ya Allah…
Terimalah doaku ini
Demi kebahagiaanku di dunia ini
Dan akhirat sana yang telah
Engkau janjikan kepada hamba-Mu
Yang sentiasa memperhambakan diri kepada-Mu

Amin…
Ya Rabbal Alamin…