Tutorial Letak Button FB, Twitter dan Blogspot 6_9

Salam.

Entry kali ni aku nak berkongsi ilmu dengan korang sume, cara nak letak button fb dan lain2 tu kt sebelah tu atas tu. contoh mudah tengok yang aku punyer hehe. sebelah kanan sana tuuuu ---->


                                                        
                            

Ape fungsinyer ?
  • nama pun dunia tanpa sempadan, kot2 la korang nak kenal pemunyer blog, sila la add beliau dlm fb/twitter, boleh share2 ilmu berblog ni kan ^_^
  • kewujudan button ni sebenarnya of course la nak bagi cantik. kalo blog korang banyak tempat kosong, so boleh jer letak. Nampak macam ceria sikit. Pembaca pun teruja nak baca blog korang haha ( ye ke? ) 

Macam mane nak buat ni bang ? 

        tutorial untuk korang yang masih pakai old blogger interface : 
  • pertama korang pergi kat DASHBOARD --> DESIGN --> PAGE ELEMENT --> ADD GADJET --> korang kena pilih HTML/JAVASCRIPT

       yang ni pulak tutorial untuk korang yang pakal new blogger interface : 
  • DASHBOARD --> click name blog korang --> akan keluar banyak elemen sebelah kiri tu, pilih LAYOUT --> ADD GADJET --> pilih HTML/JAVASCRIPT

dah keluar kotak html/javascript tu kan,  korang cuma copypaste jer ayat ni ke dalam kotak tu : 

<style type='text/css'>a.linkopacity img {filter:alpha(opacity=50);-moz-opacity: 0.5;opacity: 0.5;-khtml-opacity: 0.5;} a.linkopacity:hover img {filter:alpha(opacity=100);-moz-opacity: 1.0;opacity: 1.0;-khtml-opacity: 1.0; }</style> <div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'> <a class='linkopacity' href='URL facebook' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png" /></a><br /> <a class='linkopacity' href='URL twitter' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/432.png" /></a><br /> <a class='linkopacity' href='URL untuk blog dashboard' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='feed'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png" /></a><br />  </div>

Dah selesai copy paste. 

Korang kena tukar pulak URL yang aku highlightkan warna MERAH kat atas tu dengan URL FACEBOOK, TWITTER dan BLOG korang. 

Kalo korang nak ubah position benda tu atas bawah cuma tukar la yang aku highlightkan warna BIRU dan kalo nak tukar position benda tu ke sebelah kanan cuma kena tukar yang aku highlightkan warna HIJAU tukar kepada RIGHT ^___^ 

Sebelum SAVE, korang PREVIEW dulu dan bila korang dah rasa puas hati, boleh la SAVE !
Selamat maju jaya ^_____^

# ape guna ada segunung ilmu tapi kedekut untuk berkongsi dengan orang lain, kongsi apa yang korang tahu dan jangan kongsi apa yang korang tak tahu.

Junior vs Senior


Salam . 

Sambil aku melayan lagu-lagu maher zain ni, rasa rajin pulak nak update blog. Sebab kadang-kadang ilham nak buat sesuatu ni datang dari lagu-lagu ni. Mungkin sesetengah orang begitu dan tidak semua. Masing-masing ada cari sendiri nak datangkan ilham tu kan :) tak kisah laa dengan cara apa sekalipun ilham tu datang, semoga ia memberi kita suatu kekuatan untuk membuat sesuatu perkara.


Baru 2-3 hari masuk UKM, aku rasa agak berbeza sikit suasananya berbanding first time aku menjejakkan kaki kt UKM ni dulu. Yelah, dulu tahun 1 kan mane nak tau sangat. Apee orang suruh main buat jer. Sekarang dah jadi senior so dah boleh berdikari. Dulu pusing UKM ni cari kelas kuliah, bila dah senior ni tak perlu pusing2 dah sebab dah mahir selok belok UKM ni haha

Mase junior dulu malu-malu jer dalam kelas, nak tegur dak ppuan dalam kelas pun fikir 2-3 kali. Masuk zaman senior peduli ape sume tu, hentam saja haha. Lecture tanya malu-malu jer nak jawab, zaman senior ni peratus keberanian tu melebihi 100 peratus,, selagi boleh jawab so jawab jela kan haha

Zaman junior memang best. Macam-macam ragam. Bila ingat balik rasa kelakar pun ada. Ish berat nanang ni. Takpe sekarang dah besar, so ujian pun banyak. Hadapi dengan senyuman.


Pergh syok wei mase junior ni, banyak betul kenangan. Kepada yang baru masuk tu manfaatkanlah yer. Selagi boleh enjoy hidup ini.



# gambar yang takde kaitan hehe 

Entry Study Week : Jangan Jauhkan Diri Daripada Allah


--Fikiran berserabut--masalah + masalah + masalah -- hidup manusia tidak akan dapat lari dari masalah--
sehebat mana pun jawatan yang dipegang--seagung mana pun status dan panggilan yang dia ada--selagi dia bergelar manusia yang waras dan berakal, selagi itu masalah akan menghantui manusia..lebih-lebih lagi hidup dan memegang status sebagai seorang pelajar/mahasiswa, tekanan memuncak--masalah menggunung--itu lumrah hidup seorang pelajar..

Hidup sebagai seorang pelajar apatah lagi bergelar mahasiswa di Universiti, tidak akan dapat lari daripada program/aktiviti sama ada berbentuk kemasyarakatan atau sebagainya apatah lagi program Mega yang melibatkan sepenuhnya tenaga mahasiswa. Lumrah hidup di Universiti juga tidak akan dapat lari dari tugasan/esaimen yang pensyarah berikan. Stress + tertekan + jiwa kacau + boring + itu perkara biasa yang aku rasa semua orang yang sedang belajar hadapi termasuk aku hadapi. Lumrah kan.

Hidup dalam kelompok atau golongan yang bijak pandai memerlukan kita lebih pandai dari pandai.
Pandai pilih kawan
Pandai jaga hati orang
Pandai jaga itu ini
Pandai uruskan emosi
Pandai selesaikan masalah

Mudah dan ringkasnya, kena pandai dalam pelbagai sudut. Bukan hanya pandai dalam bidang atau subjek yang kita ambil. Hidup di Universiti memerlukan kita pandai dalam semua hal ! kalo hanya pandai dalam subjek tertentu tapi tidak pandai menguruskan diri, tidak pandai menguruskan masa, tidak pandai menguruskan emosi, tidak pandai menguruskan masalah, awak gagal !

Because, here you learn how to manage your time, how to manage your emotion, how to manage yourself, how to manage your problems, because you are here want to learn not just learn about any subject you take but everything.

------------------------------------------------------------------

Seorang junior menghantar SMS kepada aku :

"Andai kau sedih, mengadaplah kepada Allah lalu bermunajat kepadaNya. Andai kau gembira, mengadaplah kepada Allah lalu bersyukur kepadaNya. Andai kau susah, mengadaplah kepada Allah lalu berdoalah kepadaNya. Andai kau senang, mengadaplah kepada Allah lalu bertasbihlah kepadaNya. Ape pun keadaanmu, jangan sekali-kali kau menjauhkan diri daripada Allah s.w.t"

ringkas dan padat. Cukup untuk buat hati berasa bergetar.
# jangan jauhkan diri dari Allah walau ape keadaan sekalipun.

-----------------------------------------------------------------

Hidup sebagai seorang pelajar memang banyak masalah bukan ? yeah !
banyak mana pun masalah, jangan menjauhkan diri daripada Allah s.w.t.
banyak mana pun esaimen, jangan sampai tidak solat.
banyak mana pun rasa down, jangan sampai memudaratkan diri.

# dalam apa keadaan sekalipun, jangan jauhkan diri dari Allah s.w.t.


Buat Jiwa Yang Kecewa: 'Carilah Yang Hilang'



Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.
“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”
kredit : diarihati.com 

Full Islamic Movie, Susah sangat ke ?

Agak lama tidak update blog, biasalah rutin mahasiswa kadang-kadang agak stress sebab banyak esaimen, banyak program, banyak masalah, banyak karenah orang sekeliling. Mood nak update pun semakin berkurang.Tapi alhamdulillah, sekarang cuti pertengahan semester jadi boleh laa luangkan masa dengan blog ni.  
Melihat apa yang berlaku dalam dunia filem tanah air, banyak kebimbangan yang ingin aku kongsikan, dan jangan pula disalah faham..apa yang dikongsikan hanyalah luahan dan pendapat peribadi, tidak berkait dengan orang politik, ekonomi, ngo, persatuan atau apa sahaja yang wujud di bumi Malaysia.
Tidak dinafikan, filem-filem yang ditayangkan sekarang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya daripada golongan muda. Contohnya filem KL Gengster, Ombak Rindu dan macam-macam lagi dan aku yakin korang lebih tahu. Namun dalam keghairahan pengarah mengaut keuntungan, ada kebimbangan yang aku yakin, orang yang faham dan tahu agama akan turut merasai kebimbangan tersebut.
Apa yang aku cuba highlight kan dalam entry kali ini ialah unsur-unsur ghairah/lucah/seksi cuba untuk 'dipopularkan' dalam filem Malaysia oleh pengarah-pengarah filem kerana mengakui, perkara tersebut merupakan satu bentuk tarikan supaya ramai yang menonton. Cubalah suruh pengarah-pengarah filem buat filem : 
  • Perempuan/lelaki mesti tutup aurat dengan sempurna
  • Babak pegang-pegang tidak ada
Dengan kata lain, perlu diterapkan nilai-nilai Islam dalam pembikinan sebuah filem!

"xkan lah baru sekarang ko nak kritik!dalam cerita lain ada jugak babak-babak macam tu, tapi ko tak kritik pun"!
"filem-filem zaman dulu pun ada jer perempuan pakai seksi, ketat, bla bla bla bla.. "


Bukan masanya kita nak menunding jari pada pengarah-pengarah filem zaman dulu, yer mungkin dulu ramai yang jahil, ramai hanya kenal Islam pada nama sahaja, Ustaz/Ustazah zaman dulu tidak seramai zaman sekarang, rancangan berbentuk Islamik zaman dulu pun kurang, apatah lagi zaman dulu nak ada televisyen pun payah, radio kadang-kadang boleh lah dengar tu pun kalo tumpang rumah orang kaya!

Sekarang dah ada televisyen, majoriti yang mampu beli televisyen! apatah lagi radio! Ustaz/ustazah pun semakin ramai, masjid/surau semakin banyak, hari-hari lepas magrhib ada tazkirah! so persoalaanya kenapa masih ada yang jahil atau buat-buat jahil ?

Menunggu hidayah atau mencari hidayah



"sy masih menunggu hidayah untuk menutup aurat..."

Dah lali dengar ayat-ayat macam ni, tapi sampai bila... ?
menunggu hidayah tanpa ada sebarang usaha.. ? contoh mudah " sy minat seseorang, tapi sy hanya menunggu tanpa sebarang usaha " persoalannya dapat kah ?
Hidayah tidak akan datang kalau kita tidak mencari..
hidayah tidak akan datang jika kita hanya menunggu..

so kepada pengarah-pengarah filem

"susah sangat ke nak buat filem yang nampak full islamic.."?

Mahu atau Tidak



Jawapan kepada persoalan diatas, ada dua, mahu atau tidak mahu.. 
terpulanglah kepada pengarah filem..
semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk untuk buat filem full islamic..
dari pelakonnya, wataknya, babaknya, lakonannya., dengan kata lain, dari awal pembikinan filem hingga ke akhirnya, ciri-ciri dan nilai Islam diterapkan..
ada jugak sumbangan pengarah filem kepada masyarakat Islam..

semua orang akan mati, pengarah filem pun akan mati..sebelum mati buatlah sesuatu untuk umat akhir zaman ini..



Muhasabah Buat Diri




Hai Diri semakin lupa dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah s.w.t :

"Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui".

Orang yang benar-benar mengetahui kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia..ini menunjukkan diri ini amat jahil oh Tuhan.

Saat kematian semakin menghampiri diri ini tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat.
Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkan ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadaNya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin memberi peluang untuk kembali kepadaNya sebelum datangnya saat kematian. Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara :

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya Dajjal.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat.

Hadis riwayat Imam Tirmizi.

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan yang lampau: ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada pelaksanaan. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Orang yang cerdik adalah orang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsu dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga( sedangkan tidak beramal )."

Hadis riwayat Imam al-Hakim.

Ya Allah banyaknya dosa hambaMu ini dan sedikit amalan akhirat,
Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,
Hati ini semakin jauh dariMu, Oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya iman,
Aku tidak peduli sama ada manusia mengasihi atau membenci asalkan Engkau menerimaku kembali,
Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku,
maka cabutlah nyawa ini dalam keadaan Engkau redha kepadanya,
Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamaMu dan menambahkan amal baikku maka panjangkanlah umurku dalam keredhaanMu..






amin....




Ku temui Cinta-Nya

Tajuk kat atas tu, bukanlah tajuk yang aku ambil dari kotak fikiran aku. Tajuk tu sebenarnya adalah tajuk sebuah novel Islamic yang aku beli kat putrajaya minggu lepas. Novel karangan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib yang merupakan suami kepada novelis Islamic terkenal iaitu Fatimah Syarha. Sangat menarik untuk dikongsikan.

Novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda Islam yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya.
Sehingga dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan. Namun akhirnya pemuda tersebut menemui jalan cinta kepada-Nya.

Itu sinopsis ringkas ku temui Cinta-Nya. Kalo korang nak, boleh cari kat mane2 kedai buku berhampiran yer ^_^

Dalam masa aku beli buku ni kat Putrajaya, aku ada jugak beli beberapa buku lain. Itupun sebab dapat baucer Rm 200 ni kan, jadi gunakanlah sebaiknya. Antara buku yang menjadi pilihan aku ::





Membaca jambatan ilmu, luas pengetahuan teguh keimanan.
Sekadar perkongsian buat mereka yang dapat baucer Rm 200 tu yang masih tercari-cari dan tak tau nak beli buku ape, aku cadangkan korang beli buku-buku ni ^_^